BEN ASHAARI

Wednesday, July 3, 2013

SAMBAL AYAM SAMA PETAI....

rsz_sambal_ayam_petai
Assalammualaikum, selamat petang...cm dah mula kesibukkan sikit, dan masak pun cuma yang ala kadar dan mudah dibuat. Memandangkan pagi tadi dalam jam 9.30 cm ada urusan lain, kenalah masak awal. Menu pun yang ringkas2 dan cepat dimasak. Cm masak tumis air sawi putih, ada kerabu buah kuini, ikan goreng dan sambal tumis ayam sama petai. Pertama kali ni masak sambal tumis ayam letak petai. Plan asal nak guna udang, tapi kesian kat Bak, dia kat ada gaot, walaupun dah ok, tapi kena juga pantang, takut nanti bila makan akan jadi mudarat. Sedap juga sambal tumis ayam letak petai ni, dan cm tambah serai dan daun limau purut. Untuk resipi ini cm gun 2 keping dada ayam dan 2 papan petai bersaiz agar besar. Kalau takde anda boleh saja guna isi petai yang ada dijual di pasaraya atau pasar basah. Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam dipotong kiub, cuci dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
2 senduk nasi cili kisar
2 papan petai, ambil isinya
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam
1 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali goreng ayam yang diperap tadi hingga masak, jangan sampai garing, goreng lembap2 sahaja. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan.
  2. Tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan pes asam jawa. Kacau rata. Tambah ayam, isi petai dan daun limau purut. Gaul rata.
  3. Masukkan bawang besar, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..


14 comments:

Bro Framestone said...

Fuhhhh nikmatnya kalau dapat rasa

www.broframestone.com

#ciksuzlin said...

(+________+)"

lapar~

OK. bila cik mat nk buat kompilasi semua resepi ni?

Special Offer said...
This comment has been removed by the author.
Special Offer said...

Waa sedapnye..jom kawan2 blog CM kita sertai http://peraduanmalaysia.blogspot.com/2013/07/pencarian-best-food-writersphotographer.html Tunjuk bakat masakan anda semua. Good Luck to all!!

Jumria Alimuddin said...

blogwalking & tiba2 ternampak sambal ayam bersama petai....with picture yg menyelerakan...bsok kna pg pasar cari petai la ni...

Aku Penghibur said...

aduhh sangat tergoda, mesti sedap

www.akupenghibur.com

Fantastique Gallery Online said...

wahh...kesukaan saya nih...

http://fantastiquegallery.blogspot.com

Rozuan Ismail said...

sedapnya. kalau ada ikan bilis skit.huhu

Rashidah Ibrahim said...

CM...this looks so yummylicious! Semalam saya try masak lemak cili padi udang bersama nenas, resepi CM..sedap hingga menjilat jari! Thank you :)

Ummi said...

Assalam Mat, masyaAllah...terliurnya tgk sambal ni...eh sambal ayam + petai eks, akak x pernah try lgk...nnt nak cuba laa Ramadhan ni...hari ni pun sabauuu je la tengok.. ^_^

Phat said...

Sodap nya nampak eh

maya said...

Klu masakan thai, resepi ni kite pgl masak pedas..sbb ade serai n daun limau....

maya said...

Klu masakan thai, resepi ni kite pgl masak pedas..sbb ade serai n daun limau....

Leen her said...

perghhhh sedap!!nk try la..

herdiaryoflife.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.