BEN ASHAARI

Tuesday, July 16, 2013

GETUK UBI KELADI.....ANDA PERNAH MAKAN?..

rsz_getul_ubi_keladi
Salam Ramadan, entri petang ni sebenarnya dah beberapa hari lepas cm buat. Atas sebab2 kekangan waktu dan hal2 lain, cm terlupa nak post ke blog. Takpe kan cm letak hari ni. Tempoh hari abang sulung cm ada beli keladi Sarawak atau nama lain keladi pongkes. Keladi jenis ini tidak berkanji dan lebih kurang macam ubi kayu. Kata bonda, keladi Sarawak lebih sesuai kalau dibuat getuk berbanding keladi yang tinggi kandungan kanjinya. Tapi feedback yang cm dapat di wall FB tempoh hari, ada yang kasi tau keladi biasa pun boleh dibuat getuk, dan ada juga yang berkongsi tips, kelapa parut yang kita guna dalam getuk tu, disangai atau goreng tanpa minyak sekejap hingga harum, baru ditumbuk bersama keladi rebus. Dan bila sebut getuk, dah pasti teknik menghancurkan ubi, gunakan alu lesung batu. Kalau nak guna alat penekan pun boleh, tapi kurang nampak keasliannya. Guna alu lesung baru klasik. Resipi sebenarnya takde sangat, main agak2 saja...boleh?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Keladi Sarawak secukupnya (anggaran 600 gram)
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
1 camca teh gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas keladi, cuci dan potong kecil, rebus dengan sedikit garam hingga betul2 empuk. Toskan airnya dan masukkan ke dalam periuk kembali. Panaskan sekejap. 
  2. Menggunakan alu lesung, tumbuk perlahan keladi tadi hingga hancur, masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula, gaul rata dan tumbuk hingga lumat dan sebati bersama kelapa. Alihkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. (cm alas dasar loyang dengan aluminum foil dan sapu sedikit minyak makan).
  3. Ratakan dan tekan hingga padat. Biar sejuk dan boleh dipotong, hidangkan bersama ikan masin atau sambal tumis ikan bilis. Boleh juga dibentukkan bebola, dicelop tepung dan digoreng seperti pisang goreng.....Selamat mencuba!!..

7 comments:

Filzah Azzahra said...

pernah. sedap.

ibusya said...

idea baru ni cmg. sll nya getuk ubi kayu jer

Rasma Rahman said...

esok sy nak try lh...msti sedap

adda syuhada said...

sedapnya...

fazianbatrisyia said...

sy ada try buat hari tu. konon2 siap salut tepung & goreng.

Maz Aziz said...

tiap entri saya tgk masakan mat nie mesti ada daun pisang, mat ada tanam pokok pisang kat belakang rumah ka??? :)

Cik Nor said...

hmmm...tak pernah kalau yg ubi keladi punya, kalau yg biasa tu antara kegemaran saya juga

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.