BEN ASHAARI

Friday, June 28, 2013

PUCUK LABU GENTEL MASAK LEMAK.

rsz_1gulai_pucuk_labu
Assalammualaikum, pernah masak pucuk labu?...Entri hari ni satu masakan yang begitu nostalgia terutama dikampung2. Kebiasaannya kalau di kampung, biji2 labu akan dibuang atau ditabur di kawasan tanah lapang di belakang rumah. Kalau ada rezeki dapat lah merasa labunya, kalau tidak pucuk dannya juga boleh dijadikan hidangan. Selain dimasak lemak seperti dalam gambar, pucuk labu juga digunakan dalam satu lagi masakan tradisi orang Negeri Sembilan, sambal daun kayu. Kalau tengok tajuk entri siap ada perkataan 'gentel'...kenapa?...Hmm, ntah sebab cm nampak bonda kalau siang pucuk labu, mesti dia gentel2 guna dua telapak tangan. Tadi cm cuba tanya, pesal kena gentel, kata bonda nak kasi lembut sikit sebab pucuk labu kan ada bulu2 halus....Ooooo ok, jadi misteri yang sangat misteri tu bukan lah menyeramkan sangat hingga terpaksa digentel...Apa2 pun pucuk labu masak lemak putih macam ni, memang sedap...ada sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng...hmmm, tak pandang lain dah....sebelum tu kita singgah sini dulu....terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk labu, asingkan daun dan batangnya yang lembut.
1 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang pucuk labu dibuang sedikit kulit luarnya, daun digentel dengan kedua2 tapak tangan, kalau ada putih kecil labu atau bunga labu yang belum kembang, anda boleh ambik. Cuci dan toskan.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis (toskan) ke dalam periuk, tuang santan cair dan kacau rata. Masak hingga mendidih. Tambah kiub ikan bilis, jika guna. Kacau dan masak sekejap.
  3. Masukkan batang pucuk labu, biar sekejap dan tambah daunnya. Gaul dan jika kurang kuah, tuang sedikit air. Masak hingga pucuk labu lembut. Tuang pati santan, masukkan hirisan cili merah. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin.

9 comments:

Aku Penghibur said...

ooo pucuk labu boleh makan,,, baru tahu

Kakzakie said...

Betullah cara mak tu. Kakak pun gentel dulu bagi buang bulu dia. Memang sedap masak lemak macam ni:)

Kaki Sembang said...

Gentel labu..apa beza pucuk labu dgn pucuk paku?..tgk gmbr pun dah sedapent

mannira said...

gentel buang bulu..nanti sangkut kat tekak..gatal@miang

adzairdawati makdara said...

perghhhh ni peberet mak mertua saya ni.. boleh le try resepi ni kalau mak mertua dtg kerumah nnt. kompom saya jd menantu peberetnya nnt hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

perkataan 'gentel' tu kontroversi sikit tu mat.. haha..
tp betullah.. akak dulu 1st time nak msk pucuk labu siap telefon mak kat kg macamana nak buat sbb bila tgk pucuk labu tu 'berbulu' rasa mcm aishh... mcmana nak buat dgn bulu2 tu.. hehe.. rupanya bila digentel.. bulu2 tu akak jadi memar & senanglah empuk bila dimasak..

Nao Mei said...

emak cik akak salu masak nie encik admin.....sedap tau..tapi emak masak rebus je...serius sedap

Mohd Islam said...

Assalamualaikum,

Kenapa biarkan laman web dan blog anda yang baik dan berpotensi ini tidak

diketahui orang?

Sebarkan dan tambah pengunjung dengan bertukar iklan laman web di

Produk Muslim Ads Network

Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...

Terima kasih

Umie Jazz said...

Assalamualaikum CM aduyai dah lama x makan masak lemak pucuk labu ni....susah nak cari pucuk labu ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.