BEN ASHAARI

Monday, May 6, 2013

PERIA KAMBAS GORENG TELUR..

rsz_peria_kambas_goreng_telur
Salam semua, satu lagi menu ringkas yang begitu mudah untuk disediakan. Peris kambas antara sayur kegemaran cm. Sedap digoreng atau dibuat gulai. Sebab stok udang segar semua habis dah, bonda pesan kasi goreng sama telur sudah lah..Ok, lagi senang, tak perlu kerja banyak. Peria kambas lepas anda buang bahagian tengahnya, dipotong, perlu direndam dalam air garam. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit. Tapi kalau anda yang biasa ke pasar, peris kambas yang warna hijau muda, rasanya kurang pahit, tapi kalau warna hijau yang agak pekat, rasanya lebih pahit, cm rasa yang hijau muda tu peria yang telah di hybrid atau peris kambas taiwan, mana kala yang hijau tua jenis tempatan. Tu cm yang teka, betul ke tak, belum tau lagi. Anda agak macam mana?....Ok jomm kita masak peria kambas goreng telur...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas saiz sederhana
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Belah dua peria kambas, buang empulurnya, kemudian belah lagi dan potong seroang sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan peria kambas (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan masak hingga peria lembut sedikit.
  3. Tambah garam secukup rasa, kacau rata. Perlahan2 tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit. Gaul rata dengan peria kambas. Masak hingga telur seakan2 bersalut dengan peria kambas. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..


2 comments:

Gee® said...

Sedapnya peria...bertambah2 nasi

deno said...

belum pernah amkan peria.. hihi^^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.