NASI TOMATO UNTUK HARI INI..

rsz_nasi_tomato
Assalammualaikum semua, salam Isnin. Cm rasa tak sehat sangat hari ni, malam tadi cuaca panas, sampai kepala sakit. Pagi ni masih sakit sikit2 lagi. Mula2 nak sambung rehat, tapi rasa tak bess bila kita duduk rehat dan orang lain bikin kerja, takpe lah cm bangun dan buat apa yang patut. Sebab semalam cm masak rendang ayam, jadi plan ni hari nak masak nasi tomato. Tak susah mana nak masak nasi tomato, bergantung pada resipi masing2. Alhamdulillah akhirnya buat juga setelah beberapa hari asyik sebut saja nak buat. Tak banyak sangat kerjanya, cm cuma bikin acar dan masak nasi. Seperti biasa kalau masak nasi2 berperisa seperti ini, beras basmathi menjadi pilihan. Kalau nak guna beras biasa juga boleh, cuma nak kena pandai adjust kandungan cecairnya. 

rsz_nasi_tomato3
Lauk yang ala kadar saja, cm tak berapa suka terlampau meriah kalau makan nasi tomato dan sebagainya, tapi kalau ada dalca, hmm serius lagi sedap, yang macam ini pun ok sangat, ada rendang ayam dan acar, kira sesuai lah kan. Untuk nasi tomato ini, cm campurkan tomato segar, tomato puree dan tomato sos dalamnya. Cm juga guna air rebusan tulang ayam (kalau takde, anda boleh ganti dengan kiub ayam). Patutnya guna susu sejat, tapi takde, cm ganti susu segar...kan kita buat dia, tapi guna susu sejat lagi sedap...Jadi kalau anda nak mencuba, cm tuliskan resipinya, insha Allah menjadi, perlu ada keyakinan ok, kalau nak mencuba....Jomm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
  2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
  3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.
CATATAN MAT GEBU :- Lauk ikut apa yang anda suka, ayam masak merah, kari, dalca, kurma semua sesuai. Selain acar, pencuk nenas dan timun juga boleh disajikan bersama...Selamat mencuba!!.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kalau kakak makan dgn acar yg Cm buat tu pun dah sedap. Gembur nasi tu nampak sedap sangat:)

    ReplyDelete
  2. Salam CMG, saya ada buat nasi tomato, tapi saya hanya guna tomato soup saja, tak guna tomato paste dan tomato sos. Bahan-bahan lain sama saja.

    ReplyDelete
  3. tolong la cm jgn 'batalkan' pose sy hr ni...

    ReplyDelete
  4. wahh! CM...memang menggoda sungguh.. nnti nk try lah. thks for sharing, ye.

    ReplyDelete
  5. sangat mengancam maybe this sunday I'll try

    ReplyDelete
  6. resipi ni sukatan utk berape org mkn yer??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.