BEN ASHAARI

Tuesday, May 14, 2013

MI KARI BIASA-BIASA...

rsz_mi_kari_campur

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni cm malas mo masak, atau mungkin masak petang nanti untuk bonda buka puasa. Jadi pagi tadi, errr tak pagi sangat lah dekat2 jam 11 macam tu cm on kan projek mi kari, yeaa mi kari, tapi bukan lah yang gempak sangat, mi kari biasa2 je. Cm pakai apa saja bahan2 yang ada. Korek2 dalam freezer, jumpa daging burger ayam Ramly sekeping, ku tukarkan jadi bebola untuk dimasukkan dalam kuah mi kari. Ada udang, cm letak juga, tapi tak perlulah terlampau macam2, kang dah jadi semak samun pulak. Apa2 pun biar berpada2...

rsz_mi_kari_campur1

Kalau masak mi kari, dan jika anda nak letak tauhu dalam kuahnya, pilihan terbaik dah tentu tau pok, sejenis tauhu yang bergoreng dan ringan seperti gabus. Tauhu ini bila anda masukkan ke dalam kuah kari, ia akan menyerap kuah dan menambah keenaakan mi kari terutama bila anda makan. Bahan2 sampingan terpulang ada anda, tapi cm terlupa nak letak telur rebus, kalau ada telur rebus lagi bess, nampak lagi ada umpphh!!. Resipi yang cm buat, untuk hidangan 2 orang, kurang lebih...Ok dah sedia, jomm resipi...

BAHAN-BAHAN KUAH KARI :-)
1 keping daging burger ayam "Ramly", bahagi 6 dan jadikan bebola
6 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
6 biji tauhu pok, kerat 2 setiap 1
3 pelepah sawi putih, siang berasingan
1 biji tomato dipotong kiub
4 camca besar pati santan
1 1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 kiub ayam
1 camca besar cili kisar
4 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur 15 saat, toskan
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah/hijau, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH KARI :- Bancuh bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan bebola ayam dan kiub pati ayam. Biar hingga bebola ayam masak.
  2. Tambah batang saw putih dan udang. Bila udang bertukar warna, masukkan tauho pok. Tuang pati santan. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Masukkan daun sawi dan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api.
  3. UNTUK MI KARI :- Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah kari bersama isi2nya. Tabur hirisan cili merah/hijau, daun sup/daun bawang, bawang goreng dan perahkan limau kasturi sebelum dimakan....Jemput makan semuaa...

8 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam MG...bg mat ni mee kari biasa2,bg saya dah luar biasa sedapnya!Tgk gambar pon dah kecur..laparrrr! :)

Kakzakie said...

CM guna babas yg warna hijau ke merah? Kakak ni pakai tala janji kari aje...

azievee said...

Adoi terliur tengok masak malas...kang nak beli la...hihihi

adda syuhada said...

sedapnya...yummyyy...

Shine FS said...

WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
INGINKAN KULIT CERAH?
CALL / SMS 6016 271 5447

- Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
- No exfoliation
- Organic & Halal
- Special Promotions offered

Sufi Al-Arshadiy said...

Part transform daging burger jd bebola tu menarik! Keep it up cm :-)

Yatie Fizzy said...

kekadang yang biase tulah yang the bomm...hihi

balqyys jasni said...

Nampak sedap n luar biasa la:) nak try msak untuk suami n femly esok:') harap2 menjadi...yeyyy...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.