BEN ASHAARI

Sunday, May 5, 2013

KARI IKAN AYAM....CHICKEN FISH CURRY?.

rsz_kari_ikan_ayam
Assalammualaikum, selamat mengundi semua. Ok, sebelum tu moh masak2 dulu, kang balik ngundi dah senang.. Kari ikan lagi hari ni, tapi cm guna ikan ayam yang rupa dia kalau tengok, agak ngeri dan agak sadis, tapi isi dia, serius sedap, pejal dan tak mudah hancur, namun begitu tidak lah keras jelatu, masih lembut. Kalau anda beli ikan ayam dan berniat nak masak asam pedas, sup atau kari, pastikan ia siap disiang, maksud cm kulit ikan telah ditanggalkan, sebab kulit ikan ayam agak sukar nak dibuang, cm tengok orang jual ikan tu menyiang, kus smangat, susah juga, siap gunakan ragum untuk menyiat kulitnya yang agak tebal. Kalau anda nak bakar, baru tak payah buang kulit. Saiz ikan ayam ada yang kecil dan besar. Macam cm guna ni kurang lebih 800 gram beratnya sebelum disiang. Kari cm masak sama macam yang lepas2 juga, jenis mudah buat dan cm guna kurang lebih 1/4 cawan pati santan. Cm masukkan terung, bendi dan tomato dala kari ikan ini sebagai pelengkap. Kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan ayam (kurang lebih 800+ gram), disiang dan potong, cuci bersih dan toskan
1 biji terung biru, belah 2, potong serong dan rendam
12 batang bendi, cuci dan toskan
1 biji tomato saiz besar, belah 6
3 camca besar penuh rempah kari ikan (Baba's)
2 camca besar cili kisar
1/4 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari, dilurut
1 camca teh penuh halba campur

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili kisar garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga rempah garing dan terbit minyak, kekalkan dengan api sederhan. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.
  3. Tambah terung (toskan) dan bendi, bila sayur lembut sedikit, tuang pati santan, kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.