BEN ASHAARI

Wednesday, May 8, 2013

AYAM PONG TEH YANG BUAT KU KETAGIH...

rsz_pongteh_chicken
Selamat tengah hari semua, assalammualaikum. Dah makan?..apa menu anda hari ni. Sebenarnya menu ayam pong teh ni cm masak semalam, tapi tak sempat nak masukkan ke entri. Anda pernah makan ayam pong teh?..Kalau perhatikan memasak ayam pong teh tak susah mana, tapi rasa dia, serius anda takkan sangka resipi ringkas punya rasa yang ummmphh!. Ayam pong teh satu resipi orang peranakan baba nyonya yang sungguh authentic. Bila sebut ayam pong teh terus ingat peranakan baba nyonya. Kalau anda biasa lihat dalam resipi cm yang lepas2, ayam pong teh ia masakan di mana ayam dimasak bersama tauco dan bahan2 lain, seakan2 ayam masak kicap. Kebiasaannya ayam pong teh dihidangkan bersama sambal belacan. Sedap dimakan bersama nasi panas. Kalau anda biar kan ayam pong teh ini semalaman, lagi bertambah sedap. Resipi asal dari Chef Florence Tan dan mat copypaste jelah dari resipi terdahulu, sama je tak de apa2 perubahan bahan2... Jemput makan semua....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/2 kiub pati ayam (optional)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 - 10 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat, kiub pati ayam  dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

selalu benar CM masak ni, Kak sari nak cuba juga, bahan2nya senang cuma pes tauchu tu yg tak pernah ada kat rumah, kot2 trpandang kat kedai bolehlah beli.. kalau dah ada barangnya bila2 masa boleh masak, kannnn..

fizafantagirO said...

oh, ohh ,ohhhhharghhhhh , PCM, kite peminat tegar ayam!.sedapnyaaa. #salinresepi :p

Gee® said...

CM, nak ayam pongteh sekali dgn mangkuk yer... adussss fengsan!

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...

Sedapnya....jap lg nak try buatlah byk kali nak try buat x buat jgk InsyaAllah ari ni nak buat....terima Kasih...:)

Yan Ty said...

Yummy! Perot berkeroncong je ni

Yasz said...

Nampak mudah & sedap resipi ni...tp yg paling saya tertarik kat gamba di atas tu adalah set pinggan mangkuk tu. Cantiknye!!!!! Brand ape yer? Boleh share? hehe

salina mohamad sulaiman said...

Cik Mat, saya adalah silent follower blog CM ni. Saya dah mencuba resipi ni and saya post resipi dan hasil dalam blog saya http://salina82.blogspot.com/2014/02/ayampongteh.html
tak lupa juga kredit pada CM. tq..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.