BEN ASHAARI

Wednesday, April 17, 2013

TUMIS AIR PETOLA MANIS DENGAN TELUR PUYUH..

rsz_tumis_air_petola_telur_puyuh
Salam malam semua. Yang ringkas2 sajalah sebagai entri kali ini. Ulang tayang pun yea juga. Siapa kata masakan yang ringkas dan ulang tayang, tak membantu?.. Anda silap. Banyak cm dapat feedback dan mereka kata takpe walaupun ulang tayang, sekurang2nya tersuntik juga idea untuk mereka masak. Maklumlah, kadang2 time kita nak masak, tu jam lah blurr kepala, dan bahan2 pulak terhad. Jadi kalau nampak masakan yang mudah, boleh juga membantu, tak cukup bahan, guna apa yang ada. Macam anda lihat dalam gambar tu, cm masukkan telur puyuh dan ada juga cendawan. Cendawan tu abang cm dapat, cendawan busut, adalah dalam 2 kuntum, ku masukkan juga. Resipi senang saja, dan cm guna kiub ayam, sebab Bak kan tak boleh makan ikan bilis atau udang, masih dalam tempoh pantang penyakit gout dia tu...Jomm kita lihat macam mana che mat masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
20 biji telur puyuh
2 - 3 kuntum cendawan busut (optional)
1 kiub pati ayam Maggi
1 cekak suu huun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 pokok kecil daun sup, hiris 
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur puyuh direbus, kemudian kupas, cuci dan ketepikan. Petola manis dibuang kulit, cuci dan potong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, anggaran 1 camca besar. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan), masukkan kiub ayam, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan telur puyuh, lada hitam dan petola, masak sekejap, tambah cendawan dan daun sup. Masukkn suu hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....Sedap dimakan begitu saja..


7 comments:

fatin amalina husna said...

huhu..mcm sedap je..selalu telur puyuh buat sambal je..ini lain dr yg lain..=D

eray said...

time2 takde selera, lauk camni yg terbaekkk

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/penyusuan-susu-ibu-bekerja-tips-hebat.html

Cik Puan Fadli said...

nak tanyo che mat nie...den klu masak suu huun, kompom failed!..kuah jadi koring...cano nak elakkan jd kering...punyo lah byk den boh air, tp totap koring akhirnyo...silo bg tips sket..den nie baru nak blajo memasak...hehe..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haa.. selalu kalu tumis air petola ni letak suhun jer, letak telur puyuh lagi kaw ni!!

Sya Kiffli said...

sedapnya cm...leh masak menu ni utk weekend ni...1 idea yg bagus...simple tp sedap...goreng ikan dan tumbuk sambal belacan dah....slrppppp

Lyda Mohd said...

Oo sedapnya. Tak penah try masak telur puyuh macam ni. Anak-anak suka makan telur puyuh ni sebab comel2. Dapatnya Umi pemalas rebus telur pastu makan cicah kicap je sambil nengok TV..sian anak2..haha

Adams Ayens said...

suka laaa..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.