BEN ASHAARI

Saturday, April 13, 2013

SEDAP JUGA BUBUR NASI TOGEL NI!..

rsz_bubur_nasi
Assalammualaikum salam Sabtu, anda sehat?..Cm dah ok sikit. Hari ni cuma entri bubur nasi togel je. Sebenarnya hari ini cm menerima tetamu dan entri bubur togel ni sepatutnya cm nak letak pagi. Tapi sebab keadaan tak mengizinkan sangat, cm letak petang. Pagi cm bz masak. Sebab tak berapa sihat, bubur adalah pilihan paling tepat. Tapi ada juga yang tak suka bubur, yelah selera manusia ni kan tak sama. Bubur nasi yang ni amat2 simple dan tak semeriah selalu. Cuma ada bubur nasi, kemudian isi ayam dari sup ayam yang cm buat, telur asin dan lain2. Dann cm titiskan sedikit minyak bijan, yang ni optional, tak paksa letak, cm letak sebab suka rasa dan aroma minyak bijan. Resipi takde apa sangat, tapi ada juga yang tak berapa nak berani masak bubur nasi. Ok cm tulis serba ringkas resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam
12 cawan air
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Ayam goreng atau rebus dicarik (cm guna ayam dari sup ayam yang cm masak)
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sedikit kicap cair, jika perlu
Sedikit serbuk lada hitam
Telur asin
Beberapa titik minyak bijan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras (selalunya kalau beras siam, cuci sekali sahaja). Kemudin masukkan air, daun pandan dan garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan masak hingga menjadi bubur. Kacau sekali sekala. Matikan api.
  2. Cedok bubur ke dalam mangkuk sesuai. Letak isi ayam, tabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan serbuk lada hitam. Titiskan sedikit minyak bijan dan sedikit kicap cair. Sertakan sekali dengan telur asin. Sedap dimakan suam....

5 comments:

**MAG** said...

Baru sampai kat rumah nampak cmg post... terus masak bubur sebab siang tadi makan western dah lapar lagi..Skrg tengah masak ... nak mkn kejap lagi Tk u.

http://whatsinmysmallkitchen.blogspot.sg

gadisBunga™ said...

bubur togel ni memang sesuai untuk orang sakit... moga cepat sembuh ye che mat.. :)

watie husain said...

suami umimama kalo msak ni la menu nye tp dia add ayam..main cmpk je..nanti bole bg resepi ni kt hubby...CM moga cpt smbuh..dn jgn jmu bg resepi...mkn ubt dn rehat...

Rozuan Ismail said...

sedapnya bubur..nampak menyelerakan.ada telur masin lagi tu

Adilah Shamsuddin said...

Tambah ikan bilis goreng...pergh..hee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.