BEN ASHAARI

Friday, April 19, 2013

MI HOON SUP UDANG...

rsz_mi_hoon_sup_udang
Salam semua. Ada masa jemu nak makan nasi, macam cm tadi memang cm masak. Tapi dalam masa yang sama cm masak gal benda lain. Mi hoon sup udang...errrr bukan udang sangat lah kan, ada gak fishcake dan jejari ketam. Mula2 cm ingat nak campakkan ketam seko, tapi jadi meriah sangat, sampai tak nampak mi hoon dia. Tapi yang ni pun dah ok. Kali ni cm takmo makan dengan cili kicap, tapi nak makan dengan cili hijau jeruk. Mi hoon sup ini boleh dikatakan agak ringan, cepat disediakan dan rasa dia pun sedap (pada tekak cm..). Sesuai juga untuk orang2 bujang, sebab cm guna bahan2 mudah dapat, kalau ada satu dua bahan yang takde, skip je lah, tak jadi masalah. Kalau nak ganti udang dengan daging atau ayam pun boleh. Nak joinkan semua sekali pun boleh juga, takde masalah...Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang bersaiz besar (terpulang nak letak berapa ekor)
2 batang jejari ketam, hiris
1 keping fish cake, hiris
1 batang leek, hiris halus dan rendam
1 biji tomato, buang biji dan didadu
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam (Maggi)
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah Aji-Shio
1500 ml air atau secukupnya
1 pokok kecil daun sup, hiris
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN LAIN :-)
Mi hoon secukupnya (rebus hingga lembut dan toskan)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun bawang
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan leek (toskan) hingga harum dan layu. Tuang air, kacau dan masukkan kiub ayam. Biar mendidih. Tambah jejari ketam, fishcake dan udang. Masak sekejap.
  2. Perasakan dengan garam secukupnya, masukkan hirisan daun sup, serbuk lada sulah dan minyak bijan. Kacau rata dan biar mendidih perlahan hingga udang masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan mi hoon ke dalam mangkuk sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya sekali, tabur hirisan daun bawang dan taugeh. Hidangkan bersama cili jeruk. Sedap dimakan panas2....
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda merebus mi hoon, pastikan mi hoon diletak air sejuk, kemudian dimasak atas api dan tambah sedikit garam. Masak hingga mi hoon lembut (tapi jangan terlampau lembut), angkat dan toskan. Kalau anda masukkan mi hoon dalam air mendidih, mi hoon anda akan jadi melekat dan rosak....harap dapat membantu...



6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hensemnya udang tu posing dalam mangkuk.. Kak Sari rasa kalau makan dengan cili potong yang direndam sekejap dengan kicap cair pun sodap ni, CM...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hensemnya udang tu posing dalam mangkuk.. Kak Sari rasa kalau makan dengan cili potong yang direndam sekejap dengan kicap cair pun sodap ni, CM...

Ati Masrif said...

salam,

bagus cuba meehoon sup letak udang pula..
asyik2 ayam jek..bhn2 sampingan pun lain.
tak sabar nk cuba :)

Rozuan Ismail said...

sedapnya =D

Nurul Ain Zulkarnaind said...

best nyaaa

sathiarani said...

thanks for the tip untuk cara melembutkan meehoon, selalunya tuang air panas, biar sebentar, tos dan tuang dalam air sejuk, slalu melekat...tak syiok langsung...nnt kita cuba dan habaq outcomenya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.