BEN ASHAARI

Tuesday, April 16, 2013

IKAN PARI GORENG BERLADO..

rsz_ikan_pari_berlado
Assalammualaikum salam Selasa. Dah makan tengah hari?...Entri pertama hari ni bukan cm masak hari ni, tapi masak semalam. Sejak2 ni kan masa cm agak ketat lah, tak dapat nak update macam selalu, sampai 3 - 4 entri sehari, huhu. Berbalik pada entri hari ni, cm masak yang simple, tapi sedap. Anda tak makan ikan pari?..Tak usah khuatir, boleh ganti dengan ikan yang anda suka. Kalau nak guna ayam pun boleh, takde masalah. Masak macam ni cepat dibuat, dalam masa tak berapa minit. Nak lagi mudah, anda buat awal2 sambal dia. Lepas goreng ikan, anda panaskan sambal dan curah atasnya. Sedap dimakan bersama nasi panas..Resipi amat mudah dan cm pasti takde masalah jika anda nak mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram ikan pari
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
4 - 5 batang cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian goreng hingga masak, tapi jangan sampai garing, kasi goreng lembap2 sahaja. Angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan daun limau purut, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.  Masak dengan api kecil hingga garing, kacau selalu.
  3. Masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan pari tadi dan ratakan. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...

2 comments:

Rozita said...

sedapnya...lama tak mkn ikan pari... terliur..

YesNoAlright1 said...

buah keras ni wajib eh CM?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.