BURGER AYAM TEPEK TELUR YANG GANAS.....GRRRR!!!...

rsz_burger_ganas
Malam semua, burger ganass lah malam ni, sebenarnya anak buah cm nak burger ayam tepek telur tapi takmo sayur, tapi cm kasi syarat, kalau nak itu burger, mesti makan sayur. Tapi cm ni jahat gak, aku janji letak hirisan timun je, tapi ku susun sekali tomato, bawang besar, daun salad dan jeruk gherkin. Pengsann lah budak tu. Kadang2 ini antara yang mudah disediakan. Kata orang burger ni tak sehat dimakan, tapi kalau sekali2 tu ok kot, lainlah hari2 nko hadap burger siang malam, termasuk buat sarapan, memang lah tak sehat jadinya. Tapi pada cm bila digabungkan dengan sayur2an mentah, ia boleh dikatakan seimbang. Sedap dimakan selepas disediakan. Mengancam tak burger tu dengan lelehan sos cili dan mayonnaise?.....ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji roti burger
1 keping daging burger ayam 'ramly'
1 biji telur
4 keping hirisan timun
4 keping hirisan tomato
1 pelepah daun salad, cuci dan tos
Sedikit hirisan bawang
1 biji jeruk gherkin, hiris nipis
Sos cili secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Sedikit marjerin (planta)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak daging burger atas non-stick pan hingga masak pada ke dua2 bahagian, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Biar minyak terserap. Telur tadi dibuat telur mata kerbau, pastikan merahnya tidak pecah dan beku, guna api kecil semasa menggoreng. Ketepikan.
  2. Roti burger dibelah 2, sapu sedikit marjerin dan panggang atas non-stick pan hingga perang dan wangi. Angkat dan ketepikan. 
  3. Ambil 1 bahagian roti (bahagian bawah) susun daun salad, hirisn timun, tomato, bawang dan hirisan gherkin. Paipkan mayonnaise dan sos cili. Letakkan daging dan telur, tutup dengan bahagian atas roti. Kemaskan dan boleh dihidang..

Post a Comment

10 Comments

  1. Salam Mat, sedap tu. Kalau kat gerai burger special.

    ReplyDelete
  2. kalau berniaga ni laku sangat2.kalah burger bakar

    ReplyDelete
  3. burger bakar GEBU hehehehe..laparlah huwaaaa ^*

    ReplyDelete
  4. cuaca tak menentu ni..selera pun x tentu gak..kalau layan burger ni best gak..nk pedas2 sikit baru bestt..mengancamm je burger tu posing..

    ReplyDelete
  5. menyelerakan ini burgerr...nyum..nyummm

    ReplyDelete
  6. salam pak cik,
    singgah nak cari sarapan :)

    ReplyDelete
  7. Perghhh blh lawan burger bakar kaw kaw ni hehe..samalah dgn anak anak saya seksaa sungguh kalau nak suruh mkn sayur...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.