BEN ASHAARI

Sunday, April 28, 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN GAYA PERANAKAN..

rsz_asam_pedas_nyonya
Salam hujung minggu. Masak asam pedas tetap menjadi pilihan cm dan orang2 lain juga. Kali ni guna kepala ikan kaci yang masih segar. Seawal pagi tauke ikan dah buat panggilan hangit dan tanya tak ikan kaci, sebab cm yang angkat telefon, maka cm tak menolak, terus kata nak. Bonda pun takde masalah. Cm plan nak masak kari, tapi bonda kata asam pedas lagi ok, cuaca pun hujan pagi tadi. Jadi cm masak asam pedas gaya orang peranakann Baba Nyonya. Rasanya tak perlu kasi cerita lagi lah kan pasal masakkan orang2 peranakan ni. Kalau anda nak tau, anda boleh google atau cari di blog DTS bawah label "nyonya delicacies". Cm betul2 masak kepalanya sahaja yang besaiz agak besar dan berisi tebal. Sedap dimakan bersama nasi dan ulam2man. Cm campur sawi jeruk dalamnya. Tapi anda boleh ganti dengan terung, tomato atau bendi....hari ni takde pantun, cm kepala dah beku...huhu...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan kaci, saiz besar (atau kepala ikan pilihan anda)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 batang serai, titik
3 kelopak sawi jeruk, potong kecil dan rendam
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, belah 2 dan jika besar kerat 2 setiap satu belahan (nak senan anda mintak tauke ikan tu siangkan siap-siap). Cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan kepala ikan dan bunga kantan. Tambah kiub ikan bilis (jika guna) dan sawi jeruk (toskan). Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

5 comments:

adda syuhada said...

menarik menu nih..

deno said...

alahai sedapnya.. dah la belum mkn nih

Hafizah Mohamad said...

Sedapnya...selalu gak buat asam pedas ni...tp x pernah lgi letak sayur jeruk...kiub ikan bilis...lengkuas dan lada...esok2 boleh try ni...=)

Emily Sam said...

hmm sdapnya.ley cbe t hehehe

Lyranadya said...

Salam, sangat best resipi2 akak. if xkeberatan, follow my blog, sy ade jual produk biozone sangat elok untuk penyediaan makanan. free2 boley bace ye benefit die. berminat boley pm sy yer ;)

http://lyranadya.blogspot.com/2013/04/biozone-important-thing.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.