BEN ASHAARI

Thursday, April 11, 2013

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN BATANG KELADI..

rsz_asam_pedas_ikan_pari
Assalammualaikum, salam semua. Entri hari Khamis 11 April 2013 cm letak asam pedas ikan pari... Apa?..asam pedas lagi!!...arghh...malas lah nak singgah DTS, asyik2 yang tu jeee...Tulah cm pun bosan dah nak letak entri yang sama, tapi apa nak buat, yang sama tetap ada permintaan dan yang pasti ia 'tulen' bang...bukan tipu atau bedah plastik punya. Asam pedas ikan pari kali ni cm campur dengan baki batang keladi tu hari punya. Pernah letak batang keladi dalam masakan asam pedas?...Kalau nak tau sedap ke tak, boleh cuba. Tapi ada juga yang cm tau mereka pantang makan batang keladi atas faktor kesihatan dalaman...ehemm, dalaman?..terutama orang "lelaki"...pesal pulak?..Ntah tatau nak komen, anda cuba2 lah google di internet. Apa2 pun pada cm batang keladi cukup bess dimasak apa saja, tapi tu kalau batang keladi yang tak gatal. Kalau dapat yang gatal, huhu...merana jiwa dan raga. Kalau tiada ikan pari boleh guna apa2 ikan yang anda suka, tapi pastikan yang banyak isi...ok jomm resipi ulang tayang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan pari daun
3 pelepah batang keladi sayur
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi sayur dibuang kulit luarnya, kerat pendek (kurang lebih 3 inci), cuci, tos dan celur dalam air mendidih yang dicampur dengan sekeping asam gelugor sekejap. Toskan. Ikan pari dipotong cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, dan masak sekejap. Tambah bunga kantan dan kiub ikan bilis, kacau rata dan masukkan batang keladi. Perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...


5 comments:

MamaFaMi said...

Sib baik Mat masak ikan pari. Tak de ler orang kat rumah Mat tak cukup lauk....sebab mama tak makan ikan pari, jadinya mama tak de ler gi ceduk dalam periuk Mat... hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

asam pedas ikan pari ni favourite kami anak-beranak CM...

susumanis said...

hari hari asam pedas pun ok jeh cmg..hihi

Cik Zaitul said...

Faveret sy keladi, makmsy penah masak keladi maaak asam pesas..pehhhh smkn xhengat...

Delima Zamrud said...

Hari2 masak asam pedas pun xpe D5 suker rasa mau pindah sebelah umah CMG je heheh leh mintak semangkuk musti best punyer :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.