BEN ASHAARI

Tuesday, March 12, 2013

ACAR RAMPAI GAYA PERANAKKAN..

rsz_acar_timun_gara_pranakan
Salam Selasa. Dah masak, dah makan?..atau yang berdiet..Hari ni cuma masak yang mudah, kasi perabih bahan2 yang ada dalam peti sejuk. Timun sebiji, lepas tu karot ada 1/2 batang, apa kata kita buat acar, lagi pun Bak masih tak berapa selera nak makan, mungkin acar boleh membuka sedikit selera Bak. Resipi mudah dan ada pengaruh orang peranakan dalam bahan2nya, terutama penggunaan buah keras sebagai menambah rasa lemak dalam acar tadi. Kalau suka anda boleh campur telur burung puyuh atau keratan ikan tenggiri yang digoreng. Sedap dimakan bersama nasi kosong atau nasi beriani atau pun nasi minyak. Cm sarankan anda sesuaikan rasa uktu selera anda, samada nak lebih rasa manis, masam dan sebagainya. Ok resipi mudah seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun bersaiz besar
1/2 batang lobak merah
8 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 camca teh biji sawi*
3/4 camca teh serbuk kunyit
4 camca besar cuka makan
1 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dikerat empat, buang empulurnya dan hiris jejari, lobak merah dikikis sedikit kulitnya, kerat 2 atau 3, kemudian potong dan hiris jejari. Cili merah dan hijau dikerat 3 setiap satu, buang biji dan hiris jejari. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*), bawang putih, bawang merah dan halia hingga harum kemudian masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit, masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan cuka makan, gula (anggaran 2 camca besar) dan sedikit garam. Kacau rata dan tambah lobak merah. Masak hingga pekat dan lobak merah lembut. Masukkan timun, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam atau gula, bolehlah tambah. 
  4. Matikan api, dan boleh diangkat. Tabur bijan sebelum dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih dan lauk-pauk yang lain. Kalau nak makan begitu sahaja pun sedap, selamat mencuba!.


3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari pantang jumpa acar rampai ni, terus jadi penamak, huhuhu..

deno said...

deno suka mkn acar dengan nasi minyak atau nasi beriani

Siti Hanis said...

Teringin nk buat sendiri acar rampai terus cari kt blog mat gebu...tengok resepi nampak mudah..nk salin resepi CMG.tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.