BEN ASHAARI

Sunday, February 3, 2013

SUP SAYUR CAMPUR-CAMPUR....

rsz_sup_campur3
Assalammualaikum, salam semua. Hujan sepanjang pagi tadi hingga ke petang. Dan satu lagi streamyx meragam pulak dari pagi tadi hingga ke malam..datang bulan lah tuu. Sebab cm pun masak yang agak mudah dan ringkas, jadi cm hanya ambik gambar sup sayur campur2. Nak bagi nama sup kentang, ada pulak macam2 benda lain dalam dia. Jadi letak nama sup sayur campur2, senang cerita. Cm letak telur puyuh dalam 15 biji. Satu yang cm suka sup macam ni, kalau tak nak makan dengan nasi, boleh makan macam tu saja. Boleh juga campurkan sedikit sambal kicap untuk memberi rasa pedas. Walaupun cm letak lada hitam, tapi kalau tambah sambal kicap akan jadi lagi sedap dan berasap. Amat senang dibuat dan Insha Allah kanak2 juga akan menggemarinya. Selain telur puyuh, anda boleh campur bebola ikan atau bebola ayam. Sedap dimakan panas2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 batang lobak merah saiz sederhana, kerat berbaji (mat potong bentuk bunga)
1 keping tauhu, potong kiub
15 biji telur puyuh, rebus dan kupas kulitnya
1 kiub pati ayam
4 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris nipis
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam berperisa 'aji-shio" secukupnya
Air secukupnya
Hirisan daun sup. untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih. leek (toskan) dan halia hingga harum. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml). Masukkan kiub pati ayam. Biar mendidih. 
  2. Masuk kentang dan lobak merah. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan fucuk dan masak hingga fucuk lembut. Tambah tauhu, telur puyuh dan soo hoon (toskan), kalau perlu tambah sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah juga serbuk lada hitam. Biar mendidih perlahan.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak suka pedas tambah sedikit lagi serbuk lada hitam..


1 comment:

susumanis said...

kalau CMG buh telur puyuh sekali lam nama lagi terangkat sup sayur campur campur telur puyuh..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.