BEN ASHAARI

Wednesday, February 20, 2013

PUCUK PAKU MERAH GORENG BELACAN

rsz_pucuk_paku_merah_belacan
Salam semua, entri seterusnya dan akhir, cm letak menu sayur yang bukan cm beli juga bukan jiran kasi, tapi cm petik sendiri tepi jalan. Erkk, tak segan ke?.. Nak segan apa, bukan mencuri. Lagi pun kalau beli harga boleh tahan juga. Pucuk paku merah yang banyak tumbuh meliar ditepi2 jalan atau kebun terutama kawasan yang bertanah gambut. Kalau belah2 sini, selalunya jalan menuju ke Pontian ada banyak. Musim2 hujan macam ni pucuk paku galak mengeluarkan daun baru yang lembut. Cuma satu nak pesan, kalau petik, sila berhati2 terutama pastikan kawasan tu tidak di racun. Pucuk paku merah selaim digoreng, sedap juga dimasak lemak dengan labu macam cm pernah buat di sini. Masaknya sama seperti kangkung goreng belacan. Cuma cm terlupa nak tabur ikan bilis goreng atasnya bila siap masak, kalau takde pucuk paku merah, anda boleh guna pucuk paku biasa.. Resipi, serius memang ciken sangat...seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah, asingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tiram
2 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam hingga lembut, toskan*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
1 biji cili merah*
1 inci belacan*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa
Sedikit air jika suka berkuah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk kasar hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang sedikit air, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan pucuk paku dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa, jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain (kalau suka anda boleh tabur ikan bilis goreng atasnya sebelum dihidangkan).

6 comments:

shidah said...

"memang ciken sgt"? hehe.. apa tuh cik mat? ;-)

Raudzah Zahari said...

Favorite sangat pucuk paku ni..tapi tanpa belanacan..sensitif..kalau kerabu lagi yummy

Sunah Sakura said...

tengah bayangkan pcm petik pucuk paku tepi jalan...ehhhhh!!!

Afiq said...

sedapnya

Fazidah said...

cik mat kampung saya kat pontian, masa kecik2 dulu selalu petik pucuk paku ni kat tepi jalan....

LadyZie said...

wow bestnye pucuk paku ni..teringat lagi masa duk jb selalu p rengit umah akak...duk kutip pucuk paku ni masak air je pun dah sedap dah..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.