BEN ASHAARI

Thursday, February 14, 2013

NASI MALAYA @ NASI CAMPUR..

rsz_nasi_malaya
Assalammualaikum, salam Khamis, errr..dah masuk Jumaat pun kan, hmmm sibuk sikit hari ni dan lewat dapat update blog, itu pun setakat entri cikai2 saja. Takpelah kan, janji benda2 berkaitan dengan dunia makana. Hari ni pagi2 dah hujan kat kampung cm, jadi nak masak yang ganas2 pun rasa amat2 tak memberangsangkan. Kalau boleh rasa macam nak bermalas2 jee. Tapi apa hal pulak kalau dapur tak berasap. Jadi cm masak yang ala kadar sahaja. Mula2 sekali kalau ikut petua orang tua2, kita kasi masak nasi dulu, kendian baru masak lauk pauk pulak. Tapi kalau cm, ikut masa juga, kalau masak pagi (terutama kalau hari tu kena masak kari, asam pedas atau lauk2 yang agak berat), cm akan masak nasi sekitar jam 11 atau 11.30 pagi. Dan kalau perlu goreng atau bakar ikan, buat lewat sikit termasuk goreng sayur2ran. Pernah dengar nama istilah Nasi Malaya?...Cm selalu dengar istilah nasi malaya orang guna terutama bila lauk-pauk dilonggokkan sekali bersama nasi, sama macam nasi campur...

rsz_nasi_malaya5rsz_nasi_malaya1
Lepas cm masak nasi, cm masak sambal tumis kupang, guna kupang segar yang direbus, diambil isinya, dibersihkan dan dicampur dalam sambal tumis. Resipi rasa cm sama macam pernah cm letak dulu, alah benda biasa2 saja. Kalau tak suka kupang boleh saja guna udang, sotong atau ikan bilis. Lepas tu ada lokio dan kucai, cm goreng sama cencalok, cili hijau dan udang. Lokio itu sejenis pokok bebawang yang manis rasanya, anda boleh lihat contoh di sini. Yang ni nanti cm letakkan resipi dia di bawah. Kalau anda tak makan cencalok boleh abaikan saja...seterusnya....

rsz_nasi_malaya3rsz_nasi_malaya2
Dan tak lupa ulam-ulaman, yang ini ikut apa yang anda suka, selagi boleh buat ulam, tapi jangan lah main belasah je, ikut apa yang anda rasa sesuai ditekak. Macam cm, lebih suka pegaga (macam gambar kiri tu), daun selom, ulam raja, kacang botol dan senang kata semua jenis ulam yang boleh dimakan. Ada nangka muda, cm rebus dan cicah air asam budu untuk dimakan bersama nasi putih. Tapi bagi mereka yang kalah dengan nangka, rasa cm tak payah lah makan, takut memudaratkan nanti. Hilang nak sedap timbul merana pulak.....

rsz_nasi_malaya4
...terakhir cm bakar ikan mabong, ikan ni sepupu ikan kembong juga cuma ikan mabong badannya lebar dan sedikit dempak dari ikan kembong. Cm bakar mudah saja, lepas siang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketuk 2 ulas bawang putih dan sumbat setiap seulas dalam bahagian perut ikan tadi (bawang putih tak perlu buang kulit). Kemudian sapu sedikit minyak zaitun dan bakar dalam kuali ajaib atau oven atau guna bara api pun boleh, kalau rajin. Lepas tu boleh hidangkan dengan sambal air asam. Sedap dimakan panas2 bersama nasi. Ok cm tulis resipi lokio tumis cencalok, yang lain2 tu rasanya anda tau dah nak buat macam mana...betul tak?..

SAYUR LOKIO TUMIS CENCALOK....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak lokio, dibersihkan, asingkan bebawang dan daun2nya, siang berasingan.
1 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
2 camca besar cencalok, tapis dan perah sikit
1 genggam isi udang
1/2 camca besar sos tiram
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula
Sedikit hirisan cili padi merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kual, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan hirisan cili hijau dan masak hingga layu. Tambah cencalok dan udang kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tambah sos tiram, bebawang lokio dan sedikit air. Masak hingga bebawang lembut sedikit.
  2. Tambah daun lokio dan kucai, kacau rata. Perasakan dengan sos ikan secukupnya. Tambah secubit gula. Kacau rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili padi merah dan hidangkan bersama nasi hangat.

2 comments:

HNM2110 said...

CMG,, kenapa sy tengok gambar & resepi CMG dlm RASA Mac kurang menarik berbanding yg di blog? kalau org tak kenal CMG tentu tak minat nk try resepi CMG sedangkan kemampuan CMG lbh hebat dr itu,, banyak resepi & gambar yg lbh menarik mcm dlm blog yg blh diketengahkan,,

Mat Gebu said...

@ HNM2110 - Salam, resipi tu dari cm sendiri..tapi gambar telah diambil oleh pihak RASA, cm tak boleh nak komen apa2. Di blog lain, sebab lebih bebas. Dan pihak RASA minta resipi yang baru dan belum disiarkan di DTS sebagai pengisian majalah mereka...harap maklum...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.