KERABU BABAT PEDAS BERSANTAN..

rsz_kerabu_babat_pedas

Assalammualaikum, salam Selasa. Dah makan?..Apa menu anda ni hari?. Cm tak masak apa sangat,  masak mana yang ada saja. Kebetulan kami hanya bertiga di rumah, abang long cm pi Umrah, jadi tak boleh nak masak lebih. Hari ni cm buat kerabu babat pedas bersantan. Babat atau perut tuala, selain dimasak lemak cili padi sama rebung jeruk, boleh juga dibuat kerabu dan pelbagai resipi lagi mengikut negeri masing2. Sebab malas nak masak lemak, jadi kasi buat kerabu sudah lah, senang pun yea, tapi guna juga santan, dalam 3 camca besar. Cm campur taugeh dan daun selom, yang daun selom tu saja nak kasi habis. Kerabu yang ni agak pedas sebab cm gunc cili padi siam dalam 6 biji, kalau takmo guna, boleh ganti dengan cili merah biasa. Kerabu buatnya mudah, yang penting rasa mesti seimbang dan sedap dihidangkan segera lepas dibancuh. Tapi bergantung juga, ada jenis yang lebih sedap dibiarkan sekejap terutama yang menggunakan santan seperti cm buat, perlu diingatkan kerabu macam ini kena simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram babat @ perut tuala
1 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 cekak daun selom, cuci, tos kan dan hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam kelapa parut, goreng hingga perang dan tumbuk kasar
3 camca besar pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (kalau saiz besar guna seulas)
6 biji cili padi merah thai
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar penuh udang kering, rendam dalam air panas dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Babat direbus dengan sedikit halia dan bawang putih hingga lembut, tos dan hiris kecil, ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan bahan tumbuk halus, kelapa goreng, santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Masukkan babat, hirisan daun selom, taugeh, hirisan bawang besar dan jus limau nipis. Gaul rata dan rasa, jika perlu boleh lah tambah sedikit lagi garam. Biarkan sekejap dalam 10 minit dan boleh hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Post a Comment

6 Comments

  1. aduhhh sedapnya !!!! saya suka makan tuala! lomak cili api ltk rebung pun sedap giller...!!!!

    ReplyDelete
  2. babat is the best! babat hitam masak ketumbar kering mmg menu utama every year time raya oleh emak...

    ReplyDelete
  3. salam cm...owh orang panggil babat yer perut tuala ni...mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYERRRRRRRR... SGT2 MENYELERAKAN! MESTI CUBA LPS NI..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.