BEN ASHAARI

Wednesday, February 27, 2013

IKAN GERANG ASSAM DARI DAPUR CHE MAT..

gerang assam nyonya
Assalammualaikum, salam Rabu....Hari cm masak ikan gerang assam, lauk orang peranakan Baba Nyonya. Masakan ini kurang lebih sama macam asam pedas tapi ada sikit beza dari segi rempah ratus yang diguna pakai. Cm memang suka masakan orang2 Nyonya, kerana ia satu masakan unik yang melambangkan penyatuan budaya cina dan melayu. Walaupun resipi tulen mereka ada tu yang tidak sesuai dengan kita yang berugama Islam, tapi ia tetap boleh diterapkan dengan menukar bahan2 mentah pada yang halal. Orang peranakan cukup unik dan hanya ada di Asia Tenggara. Kalau di Malaysia ini bila sebut masakan peranakan, memang tak boleh lari dari Chef Nyonya Florence Tan yang begitu berusaha keras mempertahankan warisan orang Baba Nyonya terutama makanan. Pada cm untuk mengenal budaya sesuatu kaum, makanan mereka memainkan peranan yang penting. Kerana dari penyajian makanan ia akan bersangkut paut dengan budaya kehidupan dan seterusnya...Resipi seperti berikut dan sebab cm masak tak banyak, maka cm buat penyesuian bahan2...

KAIN BERSULAM JEJARI LIPAN,
UNTUK MENGALAS MEJA SAJIAN,
GERANG ASSAM UNTUK SANTAPAN,
SILALAH MAKAN TAK USAH SEGAN..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan tenggiri batang, cuci dan toskan
11/3 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
2 helai daun limau purut (optional)
1 kiub ikan bilis (opyional)
10 batang bendi muda
8- 10 biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, ikan dan masak sekejap. Tambah bendi dan daun limau purut, biar bendi lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..


3 comments:

Delima Zamrud said...

Ermmmm yg nie mmg da best menu D5 suker, makan ngan nasi panas2 mmg xpandang kiri kanan dah :)..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Cik Mat. Kak Sari tak pernah cuba masakan gerang asam ni tapi nampak dari segi bahan tak banyak beza dengan asam pedas, mungkin cik abang Kak Sari boleh terima kat tekaknya tu, lain kali boleh cuba ni...

p/s : Cabai merah utk sambal mihun sup utara semalam tu cuma lada kering kisar, jus asam jawa, garam, gula. Masak tak perlu tumis.

kakchik@ella said...

Yeayyy!! nanti kakchik nak cubalah cik mat. macam best jer.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.