BEN ASHAARI

Friday, February 1, 2013

HARI MALAS MEMASAK...JOMM SANDWICH!..

rsz_sandwich_0
Malam semua, assalammualaikum. Hari ni hari che mat malas memasak. Jadi apa yang anda nampak, itu jelah yang cm buat (boleh percaya?). Sebenarnya siang tadi kawsan kami mengalami gangguan talian internet, dan pihak TM telah melakukan kerja pembetulan, petang tadi baru ok. Cm pun hari ini agak sibuk, pagi tadi ikut abang cm ke Simpang Renggam ke pasar pagi, saya lah cuci2 mata, memang menarik sangat, cm siap rembat botok2 ikan, lepat pulut, tapai ubi dan daun beremi untuk dibuat urap esok, insha Allah kalau rajin. Jadi petang tadi, buat lah sandwich untuk disantap, jadi lah, janji ada sayur2an. Kali ni cm cuba guna cold cut atau hirisan chicken meat loaf. Sedap lah yang ni. Sesuai untuk dibuat sandwich, cm panaskan dalam microwave dalam 20 saat sebelum digunakan. Resipi mudah dan hidangkan sejurus siap dibuat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan roti atau guna roti sandwich biasa
Daun salad secukupnya, cm guna salad butterhead
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan bawang besar secukupnya (optional)
Hirisan gherkins jeruk secukupnya ( 1 biji, dihiris untuk satu sandwich)
2 kepiang chicken meat loaf cold cut
2 keping keju cheesedale 
Sos kegemaran anda (cm guna sos thousand island)

rsz_rotirsz_tomato
rsz_gherkinrsz_cold_cut
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hiris roti biar tebal sedikit (kalau guna roti seperti dalam gambar, terpulang nak guna roti jenis whole meal atau biasa). Amabil sekeping roti, susun daun salad, diikuti timun, tomato, bawang besar dan gherkins jeruk yang dihiris.
  2. Sementara itu kukus chicken meat loaf cold cut sekejap atau panaskan dalam microwave selama 20 saat. Paipkan sos kegemaran pada sandwich tadi. Letak sekeping keju dan juga chicken meat loaf cold cut tadi atasnya. Letak sekeping roti lagi, tekan sedikit dan boleh dimakan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2.
CATATAN MAT GEBU :- Cold cut yang cm guna, anda boleh beli di Tesco. Daun salad terpulang pada anda nak guna apa jenis sekali pun. Tomato pula kalau anda suka yang rasa agak manis, boleh guna tomato jenis 'plum', bentuknya bujur, tapi harga besa sikit dari tomato biasa....Selamat mencuba!.

5 comments:

Im happy being alone said...

nampak cam best..kena cube ni..

musa nora said...

subway pun kalah ni..

Lavender said...

I am sandwich lover. Thank u Mat for sharing your sandwich style =)

Eyriqazz said...

yummy..yumyyy...buat perutku berkeroncong...

Eyriqazz said...

yummy..yumyyy...buat perutku berkeroncong...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.