BEN ASHAARI

Friday, January 11, 2013

SUP AYAM HANGAT CICAH ROTI BAI....

rsz_sup_ayam1

Malam semua, siang tadi selain mat masak sambal goreng jawa, mat buat juga sup ayam atas permintaan bonda. Guna ayam pencen je, dan untuk menjimatkan masa, mat masak dalam periuk terkanan atau pressure cooker. Bercerita pasal pressure cooker (PC) ni, mat sarankan anda yang suka masak dan suka buat sup terutama sup tulang, atau nak rebus benda2 yang makan masa lama, amat2 sesuai menggunakan PC, selain menjimatkan masa, gas dan tenaga, masakan juga cepat dimasak. Bayangkan kalau tulang lembu yang masih berdaging tu jika guna PC, kurang lebih 30 - 40 minit dah ok, kalau guna periuk biasa  paling cepat pun 1 1/2 jam atau 2 jam. Cuma satu je lah mat nak ingatkan. Kalau anda guna PC, pekara terpenting sekali, baca buku panduannya betul2 dan ikut arahan, jangan pandai2 derhaka, takut lain jadinya. Lepas tu nanti salahkan periuk, dan salah kan che mat juga sebab sibuk bercerita kat blog DTS perihal PC tu bagus lah, wajib ada lah kat rumah memasing....grrrrrrr......

rsz_sup_ayam

Daann..sup ayam ni mat tak nak makan dengan ketupat segera, tapi nak cicah roti bai. Roti yang datangnya dari satu kedai lama di Jalan Dhobi di Johor Baharu, mat pernah buat entri pasal kedai tu di sini. Menjadi kebiasaan kami kalau ke Johor Baharu, pasti akan singgah dan beli roti, terutama roti paun yang berteksture agak kasar dan berongga. Sedap dicicah kopi atau sup ayam seperti ini. Sup ayam ini terpulang pada anda, kalau nak tambah lobak merah juga boleh. Kalau di Johor, sambal kicap wajib ada, yang tu buatnya mudah, cuma cili padi, bawang putih, gula pasir dan kicap lemak Jalen...kasi tumbuk atau boleh juga dikisar halus. Lepas tu boleh lah nak makan dengan sup ayam atau untuk mencicah goreng pisang dan apa2 jee lah yang anda suka....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen @ ayam tua, potong ikut suka dan cuci bersih, toskan
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap 1, rendam
1 sup bunjut, sup tulang Adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam (optional)
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Sambal kicap
Roti paun atau apa roti perancis @ baguette 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Tambah sup bunjut dan kacau rata. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah bawang goreng, kiub ayam (jika guna) dan daun sup, renih hingga ayam empuk, dan jika dalam masa ini kalau air rebusan kering, anda boleh tambah air panas secukupnya. Kemudian masukkan kentang (toskan) dan sambung masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap dan roti paun tadi. Sedap dimakan panas2..

6 comments:

Ummi Syafiq said...

Sedapnye.. Sejuk2 ni sedap mkn sup ayam

Kakzakie said...

Jgn kata roti bai, roti gardenia pun kalau dapat sup macam ini kakak boleh makan berulang-ulang tau:)

Langsir Hitam said...

Sambal kicap tu yang mahal..

Lily Jaafar said...

bangun pagi sabtu terus bukak laptop dan blog lalu terpandang sup ayam panas ....

omakkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Lady Wanda said...

lapar pulak! usha pinggan mangkuk dulu baru tgk isi ;-)

EmmyLisPR@blogspot.com said...

mmmmmm....dap3...