BEN ASHAARI

Wednesday, January 16, 2013

MASAK LEMAK PUTIH FUCUK..

rsz_lemak_fucuk
Assalammualaikum, salam Rabu. Entri pertama hari ni mat share masakan yang dah selalu juga mat masak. Atas permintaan, jadi kasi masak saja lah, tapi dengan aku2 sekali makan. Tauhu kering atau fucuk begitu sedap dimasak lemak dan antara bahan penting kalau nak masak lodeh atau sambal goreng jawa. Ibarat kata Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad, kalau nak masak lemak pilih fucuk yangberkedut2, jangan yang rata dan licin, sebab kurang bess. Tapi memang betul, bonda pun selalu pesan, beli yang kedut2, jangan yang dah siap seterika punya. Masak macam ni seperti lazimnya, amat2 menjimatkan sebab tak perlu lauk pauk yang banyak, ada ikan masin dan sambal belacan, sudah memadai. Kena dengan nasi panas, memang ngam sangat. Tapi kan mat nak kabar, yang ni mat masak semalam, bukan ni hari. Sebab hari ni mat masak asam pedas lagi!....pengsan kan, jadi itu asam pedas biar che mat dok diam2 makan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram fucuk, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
1 genggan udang kering, rendam dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan fucuk, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih dan fucuk lembut. Kacau sekali sekala.
  2. Masukkan soo hoon (toskan), dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau selalu hingga mendidih, masak guna api sederhana. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin...

4 comments:

dzulkarnain mohamad said...

sedapnyer tengok gambar masakan ni

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

sdapnye..lapar plk rasa.:)

pink.plate.liyana said...

nom nom nom..suka makan ini dgn sepat masin. sambal belacan..2pinggan..ngagaga

nea lopah said...

salam...sedap nyer....
ari ni sy bt n3 pasal puding roti. resepi sy ambil dr DTS. jemput jenguk yer. tq!