BEN ASHAARI

Saturday, January 26, 2013

KEK FLAN BUAH-BUAHAN UNTUK ANAK BUAH KU..

rsz_kek_flan_buah2an
Salam semua, lama juga cm tak buat kek yang betul2 macam 'kek'..err macam mana tu?. Yelah, kalau orang kita, kek pada pandangan mata mereka, mesti yang bersalut krim, tinggi dan dengan corak krim yang dipaip indah. Hari ni sempena hari lahir anak buah cm, jadi dengan rajinnya ku buat lah sebiji "kek" yang betul2 punya..Selalu cm buat kek olok2 agaknya. Skill pun agak dah berkarat dalam bab2 nak melepa dan bermain dengan krim serta piping beg. Bukan apa, rumah cm ni kalau buat kek2 macam ni sapa yang nak makan, cm sendiri pun agak kurang dengan benda2 krim. Budak2 pulak tak berapa kerat sangat. Pilihan kek cm hari ni yang simple dan mudah. Kek flan buah2an. Tak susah mana, guna buah2an segar seperti anda nampak tu, tapi sebab buah peach tak cukup stok, cm ganti dengan isi orange yang dalam tin. Stoberi pulak saiz agak besar, kalau dapat yang comel2 lagi cantik. Nasib baik stoberi ni manis....MyDin mari punya...Ok resipi amat2 mudah...seperti berikut..dan minta maaf sebab mat takde gambar potongan kek...

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK :-)
250 gram tepung optima @ tepung sponge mix
4 biji telur gred A (kalau gred B, guna 5 biji)
50 ml susu segar
80 gram mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN HIASAN :-)
Non-dairy whipping cream secukupnya (kurang lebih 2 cawan), dipukul hingga kental
Strawberry
Peach @ oren dalam tin, ditoskan
Buah kiwi secukupnya
Sedikit piping gel + 1 camca teh air suam, untuk menglis

rsz_kek_flan_buah2an2rsz_kek_flan_buah2an1
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KEK :- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat 9 inci dengan mentega, Alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Masukkan tepung optima @ sponge mix ke dalam mangkuk adunan bersama telur, putar hingga semua sebati. Tuang susu segar dan putar pada kelajuan tinggai hingga kembang (kurang lebih 8 - 10 minit). Masukan esen vanilla dan mentega cair. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluar dan dari tin, dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan..
  2. UNTUK KEK FLAN BUAH2AN :- Kek yang telah sejuk, dibahagi kepada 3 bahagian. Gunakan pisau bermata gergaji semasa memotong. Ambil 1 bahagian, letak atas pengalas kek, kemudian letak atas turn table. Sapu sedikit krim atasnya, kemudian tabur buah2an (seperti dalam gambar).
  3. Tutup dengan 1 bahagian kek lagi, tekan2 sedikit. Sapu krim atasnya dan tabur sekali lagi buah2an sama macam lapisan pertama. Tutup dengan bahagian terakhir kek. Kemaskan dan sapu keseluruhan kek dengan baki krim tadi, ratakan dengan spatula besi. 
  4. Lorek bahagian tepinya dengan pisau pemotong agar2 (jenis plastik). Hias permukaan kek dengan buah2an pilihan anda, hias ikut kreativiti masing2. Kemudian sapu sedikit piping gel atas buah2an tadi, gunakan berus pastry kecil untuk menyapu. Dinginkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

11 comments:

marr said...

Nk pengsan tengok.. cantiknya jadi... sure sedap...

tinazain said...

Pernah rasa dekat rumah kawan, kek birthday dia. Semenjak tu dok berangaan nk buat. Hehe

Delima Zamrud said...

Isk isk isk bila tgk cake tu rasa nk terkam je but jauh kan so telan air liur je lah :)..

A.B.M said...

bahan simple je tapi che mat buat terus jadi meletop! terliur.. -.-

..:::FIRDAUS@HUDA::.. said...

Rajin tahap gaban ni...

Tea Dno said...

huihhhh sedapnyeee

ina ku said...

cantiknyerrr...fresh fruits kalau letak atas kek mmg mengancam. kek ni rasa mcm mana yer? macam kek span ke?

rinduan citarasa said...

Woww..
Birthday husna rupanya. Happy birthdayyy u beliau.

Cik mat. Mujur dikau syer. Mmg mudah buat kek nya ikut resepi tu. Tapi tulah bab piping krim dan sgala hiasan tu.. Ayu xkonfident leh secantik dan sekreatif dirimu

Mas Michiko said...

WOWWWWWW... cantiknya kek CM! cayalah...

fatin amalina husna said...

alahaii..geram je tengok taw..-.-

Waney Zainuddin said...

cantik nyer. mcm sayang nak makan :)
Kisah ibu pencen muda