BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2013

IKAN BAKAR BAWANG PUTIH.

rsz_ikan_bakar_bawang_putih
Malam semua, terlupa nak masukkan entri ikan bakar yang mat buat kelmarin. Tapi masih ok lagi, bau ikan masih ada. Alah benda senang, ikan kembong je pun, eh yang ni ikan mabong, kalau tak silap mat lah, ikan mabong ni sepupu ikan kembong, bentuk ikan mabong sedikit dempak atau lebar dari ikan kembong, rasanya lebih sedap. Selalunya mat suka goreng lembap, lepas tu makan dengan nasi, letak kicap dan berulam cili padi. Masak asam pedas pun sedap, buat pais, buat botok2 atau pun buat ikan yang dibelah belakang dan dimasukkan sambal kelapa. Untuk laksa pun sedap...ishh macam2lah boleh buat, tu pasal mat suka ikan mabong dan ikan kembong. Yang ni mat bakar mudah saja, sapu kunyit dan sedikit garam, bahagian perut dia letak bawang putih, lepas tu balut dengan daun kunyit, dan bakar dalam kuali ajaib...ehh mat oleskan dengan sedikit marjerin juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan mabong (atau boleh guna ikan kembong), disiang dan cuci bersih, toskan
Sedikit garam dan serbuk kunyit
2 ulas bawang putih, diketuk
2 helai daun kunyit
Sedikit marjerin

BAHAN SAMBAL AIR ASAM 'BUDU' :-)
15 biji cili padi merah thai
2 biji bawang merah hiris
1 camca teh pes asam jawa
1/2 inci belacan, dibakar
5 camca besar budu
Sedikit gula
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN :- Ikan tadi dikelar sedikit, kemudian lumur dengan garam dan serbuk kunyit pada keseluruhan ikan termasuk bahagian dalam perutnya. Letakkan bawang putih yang diketuk tadi. Sapu sedikit majerin pada kelaran ikan tadi. Kemudian balut dengan daun kunyit, bakar hingga masak, mat guna kuali ajaib seperti ini
  2. UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :- Tumbuk cili padi thai dan belacan hingga halus, masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah gula, budu dan sedikit air. Masukkan jus limau kasturi secukup rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang merah. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika ok boleh hidangkan bersama ikan bakar tadi...

6 comments:

linda said...

Menarik ni ltk bwg putih. Kita selalu bakar letak kunyit & garam je...

Azierazwan said...

Kalau Che Mat masak apa pun sedap..
masak lemak hari2 pun bkn bagus jgk.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau abang, ikan bakar macam ni suka cecah air asam, sedapnyaaaaaaaaaa

Eyriqazz said...

fuhhh..menggiurkan....

Siti Nadira said...

che mat ni....buat simple2 pon nampak menggiurkan...:)

*SiRibenMerah said...

sedapnya la tgk ikan bakar neh..
simple2 pon tetap menawan hati...