BEN ASHAARI

Monday, January 7, 2013

CEKODOK PUCUK PAKU.....PERNAH CUBA?

rsz_cucur_pucuk_paku1
Salam petang semua, perasan tak, entri blog dts ni macam bermusim. Kalau musim kueh apam, kejap2 entri kueh apam, kalau entri puff pastry, kejap2 entry puff pastry. Macam kali ni entri cekodok pucuk paku pulak. Yang ini mat buat semalam, tapi tak sempat nak masukkan ke dalam entri, jadi mat postpone ke hari ni. Sebenarnya mat pernah disarankan untuk buat cekodok pucuk paku oleh Mak Jah, geng kolek PML (pinggan mangkuk lama). Tapi mak jah kata guna pucuk paku merah. Cuma semalam mat memang dah asingkan pucuk paku perak, jadi mat gunakan yang tu saja. Sedap dimakan panas2 dan dicicah sos cili atau sambal tumis. Cara membuatnya mudah dan sama macam adunan cekodok biasa. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram pucuk paku perak yang telah diasingkan dari tangkainya
1 genggam isi udang basah
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar hiris
1/2 kiub pati ikan bilis, dihancurkan
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci pucuk paku dan toskan, biar kering. Dalam satu bekas, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan hijau, kiub ikan bilis, isi udang dan telur. Gaul rata. Masukkan pucuk paku, gaul rata dan tambah tepung..
  2. Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati dan air habis. Tambah garam secukup rasa dan kacau rata2. Rehatkan adunan sekejap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam dan jemputkan bancuhan tadi dalam minyak sederhana panas. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili atau sambal tumis....

7 comments:

citarasa rinduan said...

wahh..

likeee..
bayam pun sedap

Diana @ Melley Mey said...

Menarik.... Tak pernah lg mkn cekodok pucuk paku.. Nmpk sedaap tu... Terliur plak tgk ptg2 nie tau

Rozita abd rahman said...

macam bayam gak kan?

Sya Kiffli said...

cik matttt....sedapnya...

diana said...

lain dari yang lain nih..;)

aima said...

pucuk paku jadi cekodok....leh try,..

adda syuhada said...

sedapnya...