BEN ASHAARI

Saturday, January 19, 2013

BRAISED CHICKEN WITH MUSHROMM AND CAPSICUM

rsz_braised_chicken
Assalammualaikun, salam Sabtu, sejuk kan cuaca, hujan sepanjang hari. Sedenak dari malam tadi hujan sampai sekarang ni. Pagi tadi masa belanja barang basah, tiba2 teringat nak test satu resipi braised chicken atau rendidih ayam. Kurang lebih macam ayam pong teh juga, tapi yang ni tak guna tauco. Mat buat tak banya cuma guna 1 kepingan besar peha ayam yang mat potong jadikan 5 bahagian dan tambah lagi 2 potongan. Resipi agak mudah dan kalau ikut yang tradisi, mereka akan letak sedikit serbuk rempah 5. Tapi mat skip sebab takde. Mat tambah cendawan shitake dan capsicum dalamnya. Kalau nak taruk potongan lobak merah juga boleh. Selain ayam, daging juga boleh dimasak seperti ini. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 ketul ayam. cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca besar sos tiram
11/2 camca besar kicap pekat
Sebesar ibu jari gula batu
Kicap cair secukupnya
10 kuntuk cendawan shitake, rendam
1/4 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
1 batang saleri, kerat kasar
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan pan, mat guna non-stick pan saiz 10 inci jenis mungkum. Masukkan minyak, kemudian tumis bawang putih cincang hingga harum. Tambah ayam yang diperap tadi, dan masak hingga ayam berubah warna.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan, kicap cair (sedikit dahulu) dan juga air. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan renih hingga ayam masak. Tanbah cendawan (toskn) dan masak sekejap.
  3. Masukkan saleri, bawang besar dan traffic light capsicum tadi. Masak hingga pekat. Rasa dan jika  perlu, tambah kicap cair secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hias dengan daun sup, jika suka. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...


5 comments:

Noraqilah Johari said...

boleh la try resepi ni :)
isi mase lapang sementara tunggu posting..hehe :)

jemput singgah :)

http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/01/nota-hati-3.html

Delima Zamrud said...

Ermmm nampak sungguh sedap nnt nk cuba lah thanks CMG :)

Etuza Ezawarna said...

di keningau juga hujan sejak 2 hari yg lalu, besak ja tanah ni..bertakung sana -sini air, kereta pun kotor lah...

Rozita said...

di kuantan pun sama cik mat...
bunyi mcm lauk org putih tapi simple mcm masak kicap..

saya ada entry masak2 gak hari ni..

http://www.rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/01/masak-lemak-jantung-pisang.html

Amir Aiman Akashah said...

sedap masak sendiri dari beli...tpi xde masa skrg ni nak masak utk diri

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.