BEN ASHAARI

Monday, January 14, 2013

AIR JANDO PULANG...

rsz_air_jando_pulang
Assalammualaikum, uhuk!..uhuk!..ada yang tersedak eks bila baca tajuk entri 'air jando pulang?'.. Hamboii kan main. Sebenarnya air jando @ janda pulang ni, ialah air kelapa muda yang dimasak bersama gula merah atau gula melaka dan diletak daun pandan. Kemudian ditambah ketulan ais sebelum diminum. Aduhhh nyaman, janda terus tak jadi pulangg lepas tu...pal in lep oredi...pengsann >___< . Kebetulan pagi tadi mat kupas sebiji kelapa ni, plan untuk buat sesuatu. Sekali tengok kelapa tu muda dan isi dia lembut, boleh dicedok dengan sudu, jadi kensel projek tu dan air kelapa nan sebiji itu ku sumpah jadi air jando pulang.....errrr...saya teruna yea, bukan janda atau duda...ehemm! Yang ni mat buat cincai2 je idok leer ikut resipi betul,gula merah tu mat kasi masak dengan gula pasir, daun pandan dan air kelapa, dan isi dia mat letak last sebelum dihidangkan. Tahap kemanisan tu ikut selera masing2, tapi manis lite2 udah leer. Jangan lupa ais kiub, untuk kasi dia sejuk, baru lah nyaman....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa muda, ambil air dan isinya
2 helai daun pandan, disimpul
Gula merah secukupnya @ gula melaka @ gula enau
Gula pasir secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula merah @ gula melaka bersama gula pasir, daun pandan, air kelapa hingga larut. Tapis dan sejukkan. Kemudian masukkan isi kelapa muda (ada yang masak dengan isi2 kelapa muda sekali guss).
  2. Tambah ais kiub secukupnya dan letak isi kelapa. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan...nyaman sangat2.....Selamat mencuba!!

10 comments:

Yazreina said...

Cedaappp

MamaFaMi said...

Hai la Mat... kojap yo esey hilang, ekau bawak jando pulang... jando manooooo la pulak ni...

AHAHAHAHAHAHAHAHA... PEACE YO!

Delima Zamrud said...

Muahhahahah janda pulang terus rujuk kembali pas minum air nie compom ekkekkeke da best lah CMG :D..

Haryz Khairuddin said...

dalam banyak2 nama, kenapa la janda jugak yang digunakan? sentap la nanti isteri kat rumah tu.. huhu. ;P


jap, dulu kan ada komen pasal blogger main curik2 gambar kan? so, ni ada tutorial (senang je) untuk prevent benda tu.
http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/02/disable-right-click.html
hopefully benda ni membantu.

inahar ali said...

hahahahaaachummmm..terbersin lak akak yg bukan jandos nih..ngeri lak nk minum air ni mat takut terus jadi jando lak..mmg fengsaann!! hahaha!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

duluuuuuuuu.. kalu balik kg selalu minum air kelapa macam ni, tatawlah plak namanya jando pulang... hehehe.. kreatifnya letak nama.. jando tu orang nogorikah???

hehehe

adda syuhada said...

mai segelas CM..bleh gk hilangkan dahaga nih..

faa.rosli said...

wow..nama segojess rupanya..

Kakzakie said...

Pandai-pandai aje CMG bagi nama tu ye? Buat kakak dgn kawan-kawan kakak gelak sendiri kat office ni tau. Ngences kami semua tengok!!

anis razak said...

air jando pulang ni ekceli minuman tradisi orang noghori... :)