BEN ASHAARI

Saturday, December 8, 2012

MALAS MASAK, CAMPAK2 APA YANG ADA....

rsz_singgang_rebus
Rasa bosan tengok dunia blog sekarang ni. Kes semalam tu betul2 buat darah aku naik. Kenapa buruk sangat perangai. Dari seorang pengomen entri semalam tu, En Hamzah nama beliau (terima kasih), ada bagi tau yang pencuri tu ada juga post resipi curi siap dengan gambar sekali ke Asian Food Channel Page di sini.. Memang dasar muka tak tau malu! Takpe lah kita lihat saja sejauh mana dia pergi. Entri mudah hari ini cuma singgang rebus ikan parang. Jemu nak makan yang berat2 sangat. Mat masak 2 kerat saja seperti dalam gambar. Nak ingatkan ikan parang ni tak sesuai untuk kanak2 sebab tulangnya banyak. Untuk anda juga kalau nak makan harus berhati2. Resipi sehat ini sesuai juga untuk anda yang berdiet atau mereka2 yang kurang sehat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kerat ikan parang, cuci bersih dan toskan
1 batang serai, dititik
3/4 camca teh pes asam jawa (mat guna pes Adabi)
5 biji cili padi merah, belah 2 setiap 1
5 biji cili padi hijau, belah 2 setiap 1
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dititik
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
Sedikit hirisan lengkuas
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan serai, bawang putih,bawang merah, cili padi hijau/merah, serbu kunyit, halia dan lengkuas bersama air secukupnya (anggaran 2 cawan atau secukupnya). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis dan pes asam jawa, kacau rata. Kemudian masukkan ikan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

11 comments:

~Beb~ said...
This comment has been removed by the author.
~Beb~ said...

Assalam CMG,

Dasyat ye? Dah la mencurik. Berani pulak tepek kat tempat lain mcm tu. Tinggi sungguh tahap konfiden beliau.

Steffany Daph said...

laa..kena curi pula. hope yg mencuri tu betulkan balik kesilapan dia. yup, ikan parang mmg byk tulang. sya msa kecik2 dulu jarang mkn ikan ni sebab parents tkut tercekik.

wawalofa said...

Sabarlah cikmat..memang oqg tu x patot

wawalofa said...

cikmat mungkin kena lebih bhati2,

adda syuhada said...

betul2 menggiurkan...

fatin amalina husna said...

campak2 pon sedap tuu..=)

Zareena Bt Shahmarudin said...

Cik mat...saya dah tgk dah blog yg curi gambar n resipi cik mat tu...rasanya bukan satu je dia curi. Sabar ye cik mat, harap kejadian ni x mematahkn semangat cik mat utk letak mcm2 resipi n gambar2 mgancam dlm blog Tiffinbiru sbb saya suka baca blog Cik Mat dan blog cik mat mjadi rujukan buat saya...(walaupun saya jarang masak) ;-)

Zareena Bt Shahmarudin said...

Cik mat...saya dah tgk dah blog yg curi gambar n resipi cik mat tu...rasanya bukan satu je dia curi. Sabar ye cik mat, harap kejadian ni x mematahkn semangat cik mat utk letak mcm2 resipi n gambar2 mgancam dlm blog Tiffinbiru sbb saya suka baca blog Cik Mat dan blog cik mat mjadi rujukan buat saya...(walaupun saya jarang masak) ;-)

yan nyer said...

ikan parang ni, mak saya buat masak laksa johor jek..

so kuah laksa johor tu mmg lagi sedap.. tp mmg jenuh la nak siang ikan , utk asingkan tulang dan isi.. tips utk lksa jhr, pakai air rebusan ikan parang tu utk kuah dia.. sodapp.. =)

CheRusilawati said...

Hak orang jangan dicuri...ambik resepi..lps tu masak le sendiri..tangkap gambar sendiri...memang teruk la orang yang duka mencuri hakcipta orang lain....ntah apa apa...sabar che Mat..kita tetap suka belek blog cikmat
.