LABU MANIS MASAK LEMAK..

rsz_labu_masak_lemak
Assalammualaikum, masak apa hari ni?...Sekarang ni macam tawar hati sangat2 nak berblog. Rasa benci pun ada, tatau lah..mungkin gara2 kes tempoh hari tu. Mat sebenarnya bukan lah seorang yang kejam, tapi kesabaran kita sebagai manusia yang lemah, ada hadnya. Ntah lah, tatau nak kata apa lagi. Hari ni mat masak labu, masak lemak biasa2. Takde campur dengan sayur2 lain. Masakkan yang mudah ini cukup menjimatkan hanya perlu sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin dan nasi hangat, sudah mencukupi. Tu jelah mat nak tulis....resipi di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis saiz sederhana, kupas, cuci dan potong kiub besar2
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kunyit, belah 2 setiap 1, rendam
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu ke dalam periuk, masukkan juga hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Tambah serbuk kunyit dan lada hitam tumbuk. Kacau perlahan dan masak sekejap.
  2. Masukkan bunga kunyit (toskan) dan tuang santan pekat. Masak hingga labu lembut tapi tidak terlalu lembik. Perasakan dengan garam secukupnya dan tambah sedikit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

Post a Comment

7 Comments

  1. menu ringkas yg sedap, leh sama plk lauk kita arini..akak pun masak lemak labu..goreng ikan dan ikan masin...kena sambal belachannnnnn lagi..perghhhhhh...makan tak hengattttt....

    sabor ye che mat, jngn di biarkan kemarahan tu menghantui diri...akak percaya, Mat sekadar melepaskan geram di sini..tapi hati Mat, Allah je yg tahu..moga si pencuri tu insaf dan tak lakukan perbuatan tak bermoral tu lagi....

    moga Mat terus berkarya di alam maya ni...kami peminat setiamu sentiasa menanti dan terus menanti resepi dan idea masakan darimu Che Mat Gebu....senyum sikit....alalalala encemm mcm Qhaliff lahhhhh....

    ReplyDelete
  2. Menu yg leh bt sy tambah nasi ni...hehehe

    ReplyDelete
  3. tgk gambar pun dh membangkitkan selera...

    ReplyDelete
  4. dulu tak suka labu ni..tapi selepas tahu ia adalah makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW saya paksa diri utk suka...alhamdulillah kini suka sgt ngan labu ni..tanpa sedar anda telah menginspirasikan makanan kegemaran Nabi..

    ReplyDelete
  5. dah byk hari dah labu yang ada kat umah ni..besar pulak tu..mcm2 dessert dah buat tak hbs2 lg labu ni..skng dah tau nk wat apa..kali ni leh makan ngan nasi pulak..tq che mat.

    ReplyDelete
  6. terliur nya en mat.....
    lauk feberet ni, dulu belajar ngan housemate jawa, masak lemak labu tambah fuchuk byk2...pergh...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan cik Mat..dah bertahun dok mengikuti blog ni..hebat!!! Jangan putus asa, kami semua sentiasa menanti-nanti resepi dan gambar dari Cik Mat..cantik, simple, sedap, realistik dan senang diikut oleh kami yang tak berapa pandai masak ni..teruskan berblog....caiyok..caiyok!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.