BEN ASHAARI

Tuesday, December 4, 2012

KETAM MASAK LEMAK JINTAN..

rsz_udang_lemak_jintan
Ketam...oooo...ketam. walaupun isi mu ciput, harap kulit je terjongkah macam robot, namun tetap menjadi pujaan ramai manusia. Baru2 ni mat beli ketam bunga jenis sepit biru. Bukan apa, sebab keterujaan melihat ketam yang segar, tapi tidaklah bersaiz besar, yang sedang2 saja. Harga pun boleh dikatakan tidak menyebabkan naiknya tekanan darah, cuma RM 12 + per kilo, kira masuk akal dan tidak cekik darah sangat. Maka mat beli dalam 6 ekor kurang lebih  800+ gram macam tu. Jadilah penduduk rumah pun 4 orang je, kalau ikut napsu nak je ku hangkut satu takong ketam tu!!!..Mat plan nak masak lemak biasa2 je. Tapi teringin pulak nak oter resipi Kak Ummi errr..silap2...Kak Hajjah Ummi..ha baru yea. Resipi udang lemak jintan beliau yang sedap tu, alaa pernah dimuatkan dalam Majalah Jelita sedikit masa dulu...Tapi mat gantikan udang dengan ketam dan berlaku juga penambahan bahan2 sampingan, mintak halal yea Kak Ummi....Rasa di meledak you!, bukan meletop lagi...kalau tak caya anda boleh cuba buat nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ketam bunga (sepit biru) kurang lebih 800+ gram
1 biji timun
2 genggam pegaga yang telah dibersihkan
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
6 biji cili padi merah thai, belah 2 tapi tak putus setiap 1
6 biji cili padi hijau thai, belah 2 tapi tak putus setiap 1
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca teh jintan manis
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, kerat hujung2 kaki kecil, dan kerat 2 setiap seekor (kalau anda nak masak seko2 pun ok), cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan, buang empulurnya dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan ketam dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dengan api sederhana dan dikacau selalu. Masuk belahan cili padi merah dan hijau, timun dan juga daun pegaga. Kacau perlahan, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api, timun tak perlu sampai empuk sangat, setakat lembut sedikit sudah memadai..


7 comments:

Mummy Akmar said...

Ketam is my feveret..Takpenah cuba masakan gini. Selalu rendang pedas ketam dan kari ketam...

Thanks share

CiKPuaNLawA said...

Salam Che Mat,

saya ni pantang nampak ketam..

sedap nya.. air liur ni kecur jaa..

Kakzakie said...

Kalau boleh tiap minggu nak ke sedenak nak makan masakan CMG selalu bila sekali kakak dah merasa hihi...

Aziela said...

Kita pulak letak sup crabstick jer hari nie...heehehehhe. Itu hari nampak ketam fresh baru turun bot kat Pengkalan Balak, tapi lebih tertarik dengan udang fresh yang jernih lagi isi dan kulitnya.

Hasidah Bt Awang said...

Salam singgah..bestnya..kita tau msk Lemak kuning tu je..rupanye byk lagi resipi yg lg enak..minta izin amik resipi ye..tima kasih daun keladi.

*SiRibenMerah said...

baik2 che mat.. nnt ketam tuh sepit mulut che mat.. kenang daku bersama kuah ketam itu.. hehehe...

Ummi said...

Waaahh dah boleh makan ketam skrg ya Mat? ^__^ Terima kasih sbb sudi lg guna resepi ni...akak pun dah lupa...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.