KEK MENTEGA SUJI MARBLE...

rsz_kek_sujee_marble
Kek mentega yang begitu klasik, dan bertambah klasik bila dicampur dengan sugee atau semolina. Mat pernah buat kek ni dulu. Dan kali ni mat buat lagi. Cuma oter sikit je, kekonon nak kasi marble, tapi ntah jadi macam dakwat tumpah pulak, tapi rasa dia kan...kan..kan...uhhhh, mengancam dan seksi okehh. Tak caya tanya Sue Joshua, dia ada rasa semalam. Untuk kek ni mat bakar dalam acuan comel2. Sesuai untuk minum petang dan sebagainya. Kek ini lembap dan kalau nak rasa ke mentega annya, mat syorkan anda guna mentega berkualiti tinggi. Tapi kalau takde belasah buttercup pun boleh. Anda boleh bakar dalam apa2 acuan pilihan anda, tapi pastikan dilenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, kecuali kalau anda guna bunt-pan atau acuan berlubang tengah. Anda kalau nak buat sikit, bahagian, sila bagi dua resipi di bawah ini. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan, gaul dan diayak)
150 gram gula kastor
100 gram suji @ semolina
1 camca teh esen vanilla
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
Sedikit chocolate emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskn oven pada suhu 175C, lenser acuan yang ingin anda gunakan, alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Kalau guna acuan bunt-pan, lepas disapu dengan mentega tabur sedikit tepung rata2, kemudian terbalikkan acuan dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Sementara itu gaul suji dengan tepung yang telah diayak tadi hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis, diikuti esen vanilla. Putar sebati.
  3. Cedok kurang lebih 6 camca besar adunan tadi dan campur dengan chocolate emulco, kacau rata. Tuang adunan kosong dalam tin, kemudian sudukan adunan coklat atasnya, ambil pisau atau chopstick, lorek untuk menjadi corak marble. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, sejukkan atas jaringan. Boleh hidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna api atas bawah dan guna rak no 2 dari bawah. Jika anda guna tin bewarna hitam, turunkan suhu 15C, contohnya macam suhu yang disyorkan 175C (jika bakar guna tin aluminium), kalau guna tin hitam bakar pada suhu 160C. Jika suka anda boleh juga tabur badam cincang atasnya..

Post a Comment

10 Comments

  1. Salam, Cik Mat..
    Tahu tak yg Kak Sari terus beli tepung suji masa Cik Mat post entry Kek Semolina dulu tapi sampai ke sudah, masih ada lagi tepung tu tak buka2 lagi tinnya. Agak2 boleh guna lagi tak Cik Mat??? Huhuhu

    ReplyDelete
  2. @ SKTJ - kak, suji tu simpan dalam peti sejuk, insha Allah boleh tahan lama..

    ReplyDelete
  3. macam mana pulak dengan resepi kek mentega tempe marble :p

    ReplyDelete
  4. @ yuyu - hahaha....ok ok nanti pcm try buat....

    ReplyDelete
  5. Abg Mat mmg buat selera ambo terbakar ajer..gambar nya pun dah sedap..huhu

    ReplyDelete
  6. ada peluang la tepung dalam peti ais tu terusik. dah terperuk lama dia kat situ

    ReplyDelete
  7. klakorlah pulak ayat che mat mcm dakwat tumpah tu....he2...btw mmng nmpk sedap kek ni....teringin nak rasa tapi malaslah pulak nak buat...hmmmmmm....

    ReplyDelete
  8. Memang sedap mat, walaupun aku sakit tekak masa tu tapi aku bedal kek suji ni tak hagak2 sampai seretttt tau! Haha

    ReplyDelete
  9. macam tu nanti Kak Sari akan usahakan juga buat kek ni, tq, Cik Mat :-)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.