BEN ASHAARI

Friday, December 7, 2012

JOM RINGAN-RINGAN TENGAH HARI NI...

rsz_sup_kentang

Salam tengah hari semua, cuaca panas sekarang ni, dan petang pulak hujan, tapi tak semua kawasan. Hari ni mat hanya nak masak yang ringan dan tidak membebankan tekak. Kata bonda masak sup kentang campur kimcan. Mat 'ON' je, takde masalah. Lagi senang keje macam tu. Bonda awal2 lag dan simpul kincam. Resipi amat mudah dan tak perlu kerja yang banyak. Untuk rencah mat guna udang kering, tapi anda boleh saja kalau nak ganti dengan udang segar. Kalau nak letak bebola ikan atau bebola ayam juga boleh. Selalunya masakan macam ni sedap dihidangkan bersama  nasi, sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng. Nak makan macam tu saja juga boleh. 

rsz_kincam
Mana2 yang tak pasti rupa kincam, anda boleh lihat gambar atas ni, kincam ialah sejenis bunga lili yang masih kudap atau 'lily bud' yang telah dikeringkan. Kebiasaannya ia akan disimpul sebelum dimasak, tujuan untuk nampak lebih menarik, disamping mengekalkan rupanya dari pecah bila kembang....itu pada pendapat mat lah. Ok resipi mudah seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas belah 8 setiap satu dan rendam
6 - 7 kuntum cendawan black fungus segar, potong, cuci dan toskan
1 genggam kincam, disimpul setiap satu dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih hiris halus
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Tambah udang kering tumbuk dan masak sekejap. Tambah kentang dan gaul rata. Tuang air secukupnya (hingga ubi kentang tenggelam). Biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan, kiub ikan bilis (jika guna) dan masak hingga kentang empuk, tambah kincam (tos dan perah) dan soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan..

6 comments:

Mummy Akmar said...

Ini menu diet ni..

Rozita said...

hahaha...tersama lagi...menu kami semalam... lawan pulak dengan sambal tumis ikan sardin...fuhhhh...

Kakzakie said...

Kakak kalau bulan puasa sahur mesti nak ada sayur bening kimcan ini tapi kakak tak pernah simpul cantik macam Mat buat. Ini org rajin je yg simpul cantik-cantik.

... senyum simpul adalah hihi...

azieazah said...

Saya panggil "sup bodo" bila saya buat. Hehehe... tapi yang Che Mat punya nampak sangat menggoda. Yeahhh memang kena makan dengan Sambal Belacan baru umphh!

Fyna Ahmad said...

nyum...nyum...

myxa said...

Rajinnye siap bersimpul lg. saya pernah buat jgk tapi masak terus je.