BEN ASHAARI

Thursday, December 27, 2012

GULAI SIPUT SEDUT DENGAN BATANG KELADI.

rsz_siput_sedut_masak_lemak
Hari ni untuk entri pertama, mat letak menu gulai siput sedut yang dimasak dengan batang keladi. Sebenarnya ini bukan lah mat masak hari ni, tapi mat masak semalam. Cuma semalam mat letak dulu entri2 tertangguh. Siput sedut antara makanan orang melayu yang popular. Dan paling koman sekali, ia dimasak lemak macam mat buat ni. Selain tu boleh juga dimasak asam pedas. Seperti macam mat tulis dulu, siput sedut kalau kita nak 'suci' kan, kenalah ditabur dengan hampas kelapa dan biar semalaman, tujuan siput akan memakan hampas kelapa dan secara semulajadi dia akan menyah kotoran dalamannya. Jadi tidak lah berapa nak segan bila kita makan nanti. Sebab dah bersih. Selain batang keladi, anda boleh campur dengan pucuk ubi macam mat pernah masak dulu di sini..resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur (atau beli yang dah siap disiang)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput yang telah disucikan, dicuci bersih dan dikerat bahagian hujungnya, kurang lebih 3 ruas dari atas. Buat hingga siap, cuci lagi dan tos. Sementara itu celur batang keladi dengan asam gelugor, jangan celur lama2, bila batang keladi lembut sikit, sudah memadai, tos. Ketepikan.
  2. Masukkan siput ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan daun kunyit, tuang santan pekat, kacau rata.
  3. Masukkan batang keladi, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.

10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

patutlah semalam ada bunyi srottt.. srotttt... srottt... dari Dapur Tanpa Sempadan... hehehe

JunAina said...

Orang Perlis batang keladi selalu buat asam pedas je tapi bukan macam asam pedas orang Melaka tu ye...asam pedas cair...

Qashmere said...

Siput sedut golai lemak feveret...batang keladi masak asam sedap woo.. tapi menu ni memang nampak sedaps.

mimie said...

assalammualaikum wwb che mat..
saia kalau masak siput sedut ni,apasal susah sangat nak sedut ye...
dah potong ujung siput tu pun msh susah jg siput tu keluar ...kadang dah naik panas mulut dok sedut2...huhuhu
ada saran ke che mat ????

faa.rosli said...

ya Allah!!sedappp!! kalo menyedut siput ni, memang tak peduli org dah...

Rai Ourkizuna said...

adoi cik mat..mana nak carik nii.. lain kali publish la masa saya balik johor..boleh request dgn mak.. btw.. ada tak petua masak batang keladi supaya tak gatal..da dua kali masak sayur batang keladi ni gatal tekak.. terus tak berani saya nak masak.. ngidam ni T_T

Syue Mustafa said...

Sedapnya.

Delima Zamrud said...

Ermmm tang musim hujan2 gini menu nie ler yg paling best kan kan kan CMG :D...

aida said...

terliur sgt tgok,tp naseb baek blik kg da dpt mkn..mmg terbaek

Raudzah Zahari said...

Ya ALLAH bestnya..suka makan siput sedut masak lemak ni..tapi tak pandai masak and makan pun kena be careful..silap-silap sedut udara aje..tapi memang first class punya masakan ni..kena gi cari ni jugak ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.