BEN ASHAARI

Thursday, December 6, 2012

GULAI PISANG MUDA

rsz_gulai_pisang_muda
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni kena cepat sikit tulis entri, sebab tersibuk dengan hal2 lain. Pagi tadi mat masak gulai pisang muda campur tulang ikan kurau masin. Sebenarnya tak niat nak masak gulai pisang, tapi atas sebab2 tertentu, mat masak juga. Kebiasaannya kalau di kampung2, jika ada kenduri kendara samada majlis nikah kawen atau doa selamat, gulai pisang antara yang sering dimasak, kalau majlis nikah kawen, gulai pisang dimasak untuk penanggah makan. Ia agak mudah dan kalau ikutkan ada jenis2 pisang yang boleh digulai. Tapi mat belasah je guna semua jenis pisang muda, atau yang mengkal sikit. Kalau ada cendawan terkukur atau kulat sisir, lagi lah sedap. Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang muda, kupas sedikit kulir, hiris sederhana tebal dan rendam
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
6 -7 keratan tulang ikan kurau masin, rendam
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi hijau (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis, rendam
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan pisang muda, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih hingga pisang empuk sedikit. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan) dan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Bila pisang lembut, masukkan santan pekat dan tambah sedikit garam dan gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng.....hmmmmm...

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedap ni Cik Mat, pujaan hati dulu, kin & selamanya...

Mat Gebu said...

@ SKTJ - betul tu kak sari...menjadi pujaan hati ku jugaa..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pehh.. ngencesss suda... akak sama ngan sari gulai pisang mmg terliur sokmo..

*SiRibenMerah said...

tgh tgk resepi ini sambil mengunyah pisang goreng beli kt gerai riverside.. nyumnyumnyum~

moga telan ditekak terasa seperti gulai pisang CMG.. ahaksss~

Umi Nazrah said...

salam singgah. gulai pisang muda ni kalau kat kampung2 daerah saya, ni menu wajib bila ada kematian atau kenduri yg ekspress. sebab gulai ni pisang muda tu senang nak cari :D