BEN ASHAARI

Saturday, December 8, 2012

CEMPEDAK GORENG UNTUK MINUM PETANG..

rsz_cempedak_goreng
Musim cempedak datang lagi, mana2 pergi kelihatan gerai menjual buah2an turut menjual cempedak. Gerai jualan makanan bergoreng juga sudah mula beraroma dengan bau cempedak goreng selain pisang dan lain2. Dua hari lepas abang sulung mat beli cempedak, harga boleh tahan juga RM 5 per kg (yang beli tu dalam 2 kg), tapi alhamdulillah isinya banyak dan manis (erkk...tu yang serammm..). Seperti biasa, bila dah ada, kenalah melakukan proses transformasi, jadi dengan tak berapa nak rajin, ku goreng jugalah itu cempedak. Muai gilerrr..sebiji tu ada kurang lebih 35 ulas..hambekk..dua pinggan penuh!..muntah cempedak leer memasing. Mula mat ingat nak ambik sikit untuk buat muffin, tapi hasrat ku padam sebab mood takde...huhu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji cempedak (kurang lebih 35 ulas isinya)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air + lebih sedikit kalau bancuhan pekat sangat
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning makanan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung tadi, kacau rata dan masukkan telur. Gaul rata dan tuang air (2 cawan) sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bancuhan yang licin, jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (jangan cair sangat, nanti tak melekat pada isi cempedak).
  2. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan perwarna kuning makanan. Kacau rata. Masukkan isi cempedak dan goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas 2-3 helai kitchen paper towel dan biar minyak terserap. Boleh hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak untuk sekali goreng tapi kalau kuali atau bekas gorengan anda besar, tidak mengapa. Mat cuma goreng 10 - 12 ulas saja sekali goreng. Guna api sederana dan kacau selalu. Jumlah bancuhan tepung agak banyak sebab isi cempedak banyak, jadi anda pandai2 lah adjust mengikut kuantiti isi cempedak yang anda guna...

7 comments:

Hidayah said...

dah beberapa hari teringin sgt nk makan cempedak goreng...

:(

belum dpt jumpa lagi..

fatin amalina husna said...

aduyaii..dah lama teringin nih..
huhu..>.<

Daddy Ziyyad said...

goreng sendiri, mmg puas makan...kalau beli yg bergoreng ni kat luar, mahal...minyak aja byk..hihih

Hafiz Rahim said...

Cempedak goreng..sedap woo..terliur plak tengok gambar

entry terbaru : KOMLI..Rezeki Akhir Tahun 2012

RASA HATI said...

Memang terbaik.... Kalau beli x boleh makan....banyak..

Miza Lyana said...

mak aiii , sedapnyaaa, terliur betul. pos la dkt uthm ni skali. hehehe

aznur said...

baru menggoreng cempedak sebentar tadi utk sarapan paginya....ermmm sedapp...:)