BILA "JELITAWAN - JELITAWAN' KE PONDOK MAT GEBU..

Ingatkan tadi entri terakhir, sekali ada lagi. Walaupun dah beberapa hari kesah ini berlaku, tapi baru mat sempat masukkan entri. Rasa berbesar hati menerima kunjungan Puan Melur Jelita ke pondok Che Mat pada 24hb lepas, hari Isnin. Sebenarnya awal lagi MJ dah khabarkan pada mat, yang beliau teringin ke Sedenak. Perancangan awal pada 23hb, tapi atas ketentuan Allah swt, ia telah tertunda sehari. Jadi tanggal 24hb, MJ selamat menjejakkan kaki ke bumi Sedenak yang pasti begitu asing bagi beliau. Kalau anda tak pasti siapa MJ ini, beliau ialah penulis novel ASST (Awak Suka Saya Tak?) yang telah diulang cetak sebanyak 10 kali!!...dan novel terbaru beliau ILUS (I Love You, Stupid) yang baru dikeluarkan sedikit masa dahulu juga mendapat sambutan diluar jangkaan, khabarnya dah masuk ulangcetak kali ke-4!!..Tahniah MJ....adakah lepas ini akan muncul ASST II atau ILUS II?....semuanya tidak mustahil jika Allah swt mengizinkan..

Dan turut serta Sue Joshua sekeluarga, Sis Linn dan anak2 beliau serta Cikgu Linda, isteri pada En Azman Ahmad. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan MJ lewat sikit sampai, tapi alhamdulillah sempat juga mereka bertemu (seperti dalam gambar, kredit pada Sis Linn). Terima kasih pada mereka2 yang hadir, mat minta maaf jika ada terkasar bahasa dan apa yang kurang minta dihalalkan yea...Tu saja entri ringkas untuk kali ini....Assalammualaikumm...

Post a Comment

10 Comments

  1. Terima kasih juga aku ucapkan pada ko mat kerana tak jemu2 njemput kitorang ke teratak ko juga hidangan kitorang dgn hidangan yg pastinya sedap2!
    Terima kasih daun keladi,
    Kalau tak jemu jemputlah aku lagi...

    Ngeee...

    ReplyDelete
  2. @ sue joshua - sama2 kasih, dan insha Allah....itu tak menjadi masalah...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Suka tgk sdr terus bersilaturrahim.
    Sapa2 pun folowwer teringin nak juga sdr. yg baik hati.
    Ada tgk melur kat TV ari tu , dia cete ttg novelnya.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Suka tgk sdr terus bersilaturrahim.
    Sapa2 pun folowwer teringin nak juga sdr. yg baik hati.
    Ada tgk melur kat TV ari tu , dia cete ttg novelnya.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  5. tak ada ke gambar CMG dihimpit para jelitawan???

    (tutup mukalah ngan tiffinbiru)

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat pegi rumah cik mat. Boleh saya pun nak pegi rumah cik Mat? ;)

    ReplyDelete
  7. awat lupa daku mat?

    kan dh janji nk ajar ayu..


    teringin ooo nak peluk cium itu melur jelita

    ReplyDelete
  8. alaaa..bestnya :D so, dia lah tu kan penulis novel asst tu :D

    ReplyDelete
  9. salam mat gebu...boleh tak i copy paste gambar2 masakan u untuk dimasukkan ke forum lain?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.