BEN ASHAARI

Thursday, November 1, 2012

UDANG GORENG RANGUP

rsz_udang_rangup
Petang ni mat berkongsi satu resipi mudah sangat dan sesuai untuk kanak2. Terutama jika diadakan majlis2 hari lahir dan sebagainya. Untuk orang2 dewasa juga sesuai. Kadang macam bosan gakkan dengan udang ni, asyik digulai, dibuat rencah dalam masakan...maka tadi mat saja lah habiskan baki udang dalam 15 ekor, udang bersaiz besar juga..alaa yang jual di Tesco tu. Mat kupas kulitnya, tapi tinggalkan sikit bahagian ekor. Belah sedikit belakang udang dan buang uratnya. Selain dimakan begitu saja, sesuai juga digandingkan dengan nasi goreng. Atau ikut citarasa masing2, kan yang nak makannya kita, jadi ikut lah selera mana yang kena. Kalau orang lain nampak aneh, biar kan, sebab apa yang kita suka, tak mungkin mereka juga suka, betul tak?... Resipi mudah sangat2 ni seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/4 camca teh serbuk lada hitam (mat guna aji-shio)
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
Secubit garam
1 putih telur, pukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti warna orange)
Minyak untuk goreng terendam
Sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah sedikit belakang udang dan buang uratnya, cuci bersih dan toskan. Lap udang tadi dengan kitchen paper towel, kemudian gaul bersama serbuk lada hitam dan bawang putih tumbuk, rata2. Perap 5 minit.
  2. Ambil seekor udang tadi, celop dalam putih telur, kemudian golek2kan dalam serbuk roti. Celop sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Letak dalam pinggan bersih. Buat kaedah sama untuk setiap ekor udang hingga habis.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng udang bersalut tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.


5 comments:

Cik P.A. said...

yummyy...lapaq lak dah tgk aje ni....post ke sini leh???

JunAina said...

Simple jer tapikan Mat...15 ekor tu anak2 akak jeling2 je...hahaha... Mak pun tak cukup tu...

justablogofmine said...

sedapnyaaa :)

HaSue said...

Mcm dah lama x mkn udang...terliur tahu tak?haha

putribongsu said...

Wahh gambar tu sgt menarik k. Siap ada daun2 berguguran. I loike!! Abg mat,mana nk cari serbuk roti? Errrr

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.