BEN ASHAARI

Monday, November 5, 2012

SUP YANG SUNGGUH "SEKSI"...TOM KHAI GAI..

rsz_sup_ayam_lengkuas
Mendung dan berangin, dan cuaca macam ni sedap juga kalau kita makan sup2 yang masam, beraroma, berperisa, pedas, hangat dan mendebarkan. Sebenarnya mat plan dari semalam. Ada baki ayan dalam peti sejuk, tak banyak dalam 4 keping dan mat kerat menjadi 8 bahagian. Sup ayam lengkuas agak mudah disediakan. Ia menggunakan santan dan asalnya bewarna putih. Ada juga sambal khas yang disekalikan, dan bila nak makan anda boleh mencampurkan sambal tadi dalam sup. Pernah mat buat dulu, tapi mat masukkan sekali sambal tu dalam sup. Kalau anda tak suka ayam, boleh saja ganti dengan makanan laut. Selalunya sup2 macam ni, harus ada rasa masam2 dan daun ketumbar adalah bahan penting. Kalau anda ingin mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
1200 ml air
350 ml santan pekat
1 biji bawang besar, belah 4*
3 helai daun limau purut*
2 batang serai, dititik*
40 gram lengkuas, hiris nipis*
1 pokok kecil daun ketumbar, potong kasar*
8 - 10 biji cili padi merah thai, diketuk*
8 biji cendawan butang, belah 2 setiap 1
3 - 4 kelopak kobis bulat, potong kasar
8 biji tomato ceri @ 1 biji tomato biasa belah 6
2 camca besar sambal khas (resipi dibawah)
Sos ikan secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
Garam jika perlu

BAHAN SAMBAL KHAS :-)
1 cawan cili kisar
6 - 7 camca besar sos ikan
1 camca besar gula
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan bahan2 bertanda (*), dan biar masak sekejap. Tambah ayam dan biar hingga ayam 1/2 empuk, masukkan cendawan butang. Masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa dan tuang santan. Bila ayam empuk, masukkan kobis dan sambal khas tadi.Kacau rata.
  2. Tambah jus limau kasturi dan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Jika anda lebih suka pedas, boleh tambah sambal khas lagi. Hidangkan bersama mi, nasi atau dimakan begitu sahaja.....
  3. UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos ikan dan gula, kacau rata dan masak sekejap lagi. Matikan api dan sejukkan. Simpan untuk kegunaan kemudian...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini mat masak sup tapi tak campurkan sambal dalam dia, mat campur bila nak makan. Tapi itu terpulang pada anda, boleh juga dicampurkan sekali macam resipi mat tulis di atas....

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang seksi seksi sekali!!

thenunu said...

Uiiiiii sungguhhhh tergoda saya..aduhaiii lapooo

thenunu said...

Uiiiiii sungguhhhh tergoda saya..aduhaiii lapooo

Ratu Hatiku said...

Sedapnya..terliur di buatnya...

Fizalinolie said...

sedap nyer... rasa nak terleleh air liur dibuatnya :)

kakchik@ella said...

memula KC ingat Sup Tomyam tadi Cik Mat rupa2nya bukan. Good idea ni cik mat. Lauk dan sayur sume bersatu. 2 in 1.

JunAina said...

Ini celur bihun ke kueareow ke sodap gak CMG.

Rozita said...

memang sedap..saya makan sup gak hujan2 ni.. tapi sup VONO.. hehe..

Melur Jelita said...

Semenjak dua menjak CMG selalu perasan seksi..gara2 Iris ka..ekeke

faa.rosli said...

sedapppp...cam tom yam je

Rafidah Rahmat said...

terase kesedapannye cik mat..cewahhh...berangin-rangin hott gitu kennn..:D