BEN ASHAARI

Friday, November 23, 2012

SOTONG TIN TUMIS HALIA..

rsz_sotong_tin
Pernah makan sotong tin?..Errr..bukan sotong yang diperbuat dari tin, tapi sotong dalam tin. Bak suka makan sotong dalam tin ni, yang biasa tu, tin kaler oren jenama REX. Lama juga mat tak beli, sekali tengok harga dia, kussmangat..dah jadi mahal, kat Tesco lagi mahal, 1 tin besar nak dekat RM 11!!..Tapi pasaraya berdekatan tempat mat ni (Pasaraya Eng Han) setin besar baru RM 8.80...dulu ingat mahal, jadi tak mo beli, sekali bila pi Tesco, lagi mahal rupanya. Baik beli kat pasaraya Eng Han tu jee. Mula2 mat takut nak makan yelah kang gatal sapa susah, tapi test gak lah sekeping dua, nampak macam ok je, tak gatal. Tapi masih ragu2 nak teruskan. Ianya seakan2 sotong masak kicap. Sedap dicampur dengan kacang panjang, kacang buncis atau bunga kobis macam mat buat tu. Resipi amat2 mudah, budak sekolah rendah pun boleh buat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sotong dalam tin (mat guna jenama REX)
1 inci halia, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 biji bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan sotong dari sosnya, kemudian potong kasar. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sotong dan kacau. Tambah bunga kobis, cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
  2. Tuang sosnya dan masak hingga bunga kobis lembut. Tak perlu tambah garam, sebab sotong ni sudah terasa garamnya. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....

3 comments:

MamaFaMi said...

I suker I suker ni... ada satu tin tu... leh ku taramkan...

Psst.. Mat, jap lagi mama nak post something yang mama buat tadi dari blog Mat okay.. sedap ko... my first trial tau! Thank you Ai Chu...

Kjee said...

Che mat, dah lama tak jumpa sotong cap rex ni. Kjee ingat dh stop production. Nk pergi cari. Buat sambal, mabeles sgt!

Miamore said...

Kt KL ni paling murah pun RM10.... MUrah betul pasar raya tu bole dpt rm8.80 ... Kalau turun sana nk beli sedozen ... Buat stok ;)