BEN ASHAARI

Monday, November 5, 2012

MI HOON TAUCO.....UNTUK PAGI INI..

rsz_mi_hoon_tauco
Morning Love!!... (*___^), eerr, nampak pelik ke?..Saja je nak bagi anda ceria, kan ni hari Isnin, apa kata omputeh Monday blues, jadi kita tukarkan blues tadi yea, anda sehat?..rasa sexy tak hari ni?...Pagi tadi cuaca mendung kat Sedenak, dan hujan juga, tapi idok leer lebat  sangat. Namun begitu beberapa tempat di daerah Batu Pahat telah dinaiki air, juga beberapa buah negeri, apa2 pun jaga keselamatan, terutama anak2 jangan sedap je nak main air banjir. Ok, pagi ni mat goreng mi hoon tauco saja. Untuk bersarapan. Kadang2 malas lah nak masak, tapi rasa macam tak cukup lengkap pulak pusingan hari ku kalau tidak memasak. Ini resipi mudah dan tak perlu ambik masa banyak. Dan untuk sambal tu mat dah buat awal2, simpan dalam botol. Jadi bila nak guna, tinggal cedok dan tumis dengan sedikit minyak. Mat guna kurang lebih 1 1/2 camca besar tauco. Garam anda kena jaga, jangan letak banyak sangat, atau jika suka boleh guna sos ikan atau kicap cair. Letak akhir, anda rasa dulu mi tu, kalau perlu tambah garam, baru anda renjiskan sedikit sos ikan atau kicap cair. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mi hoon, rendam hingga lembut atau rebus sekejap dan toskan
2 genggam taugeh, buang ekor
2 pokok sawi bok choy, kerat berasingan batang dan daunnya
1 keping tauhu keras, didadu dan goreng, toskan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 cawan isi udang
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar tauco
2 1/2 camca besar sambal (resipi di bawah)
6 biji tomato ceri, belah 2 setiap 1
Sos ikan @ kicap cair secukup rasa
Hirisan cili merah untuk hiasan
Telur mata lembu, untuk hiasan

BAHAN SAMBAL :-)
2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*kisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal dan kacau rata. Tambah tauco dan tumis sekejap. Masukkan udang dan tauhu goreng, gaul rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Tambah batang sawi dan sedikit air jika perlu. Bila batang sawi lembut, masuk mi hoon, gaul rata dan tambah daun sawi, tomato dan taugeh, gaul rata2.
  3. Masak sekejap dan rasa, tambah sos ikan atau kicap cair jika anda rasa perlu. Biar sekejap dan boleh diangkat. Hias dengan hirisan cili merah. Hidangkan bersama telur mata lembu.
  4. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan pecah minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal sejuk kemudian boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaa kemudian.


4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Cik Mat. Lama sungguh tak makan mee hoon goreng tauchu macam ni, dulu selalu inilah yang jadi santapan kalau pergi birthday party kat Johor ni, nostalgia ni Cik Mat..

Kak Sari... :-)

Mat Gebu said...

@ SKTJ - kakkkk....nama baru akak klasik nyaa.... serius i likee!!

faa.rosli said...

first time ni tahu meehoon goreng taucu...

apa rasanya ek?

Hidayah Surea said...

sedapnya. arini puasa. mau diet juge. tapi tak tahan tgk mihoon ni..!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.