CHICKEN SPAGHETTI WITH ASIAN PESTO "MYCHEF".

rsz_chef_zam

Sedaplah chicken spaghetti with asian pesto ni, pertama kali mat cuba, rasa macam nak beli dan simpan sebagai stok, jadi bila angin kemalasan melanda, bolehlah guna. Erkk..apa pulaklah si mat merepek2 ni. Sebenarnya entri kali ni mat nak berkongsi dengan anda salah satu produk keluaran MyChef dalam siri Signature Series, kali ini dari Chef Zam. Kalau anda yang biasa makan pasta dan ingin satu kelainan, yang ini mungkin dapat memenuhi citarasa anda. Satu kotak ini untuk hidangan seorang dan amat mudah disediakan. Seperti anda sedia maklum, produk MyChef ialah makanan dingin beku yang begitu praktikal dan mudah disediakan hanya perlu dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Pembuatannya juga begitu teliti untuk menjamin kualitinya. Rasa aslinya tetap terpelihara. Kalau anda ingin mengikuti perkembangan samada produk MyChef atau aktiviti mereka, boleh ke FB di sini dan sebelum itu, klik LIKE dulu...

rsz_chef_zam1
"Che Mat, rasa dia macam mana...aneh ke tidak?"...Secara jujur bagi yang biasa makan pasta bersama pesto, ia satu yang lain dan sesuai dengan nama "asian pesto", rasa minyak bijan memberi satu aroma yang beridentitikan orang2 Asian dan sedikit masam, yang begitu seimbang. Tidak pedas namun kalau anda suka boleh tabur sedikit hirisan cili padi macam mat buat tu. Sesuai dihidangkan pada bila2 masa. Sekotak hidangan tadi mengandungai 400 kalori, tidak lah berat sangat dan mat rasa bagi yang berdiet juga sesuai. Selain chicken spaghetti with asian pesto oleh Chef Zam, anda boleh dapatkan signature series dari Chef Ismail, Chef Liza, Chef Florece dan Chef Ezani di sini. Sekian dulu untuk kali ini, lain kali mat share dengan anda produk MyChef yang lain pula....jadi jangan lupa dapatkan di pasaraya2 yang tersenarai di sini. Nikmatilah rasa sebenar dan asli tanpa ragu2..

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau perangat atas dapor leh gak ke?xde microwave laa...oven ade la..

    ReplyDelete
  2. wuahhh sebijik dgn kat buku tu mat~huh...menarik2...hidangan pun tak adalah berat sgt~ 400 kalori~hmmmm...le try ni~thanks mat

    ReplyDelete
  3. mm.. sedap.. anak2 saya tentu sukakannya..

    ReplyDelete
  4. sy pnah try keema masala & kari ayam nyonya keluaran mychef tp yg ni blom lg, rase dia mcm thai pesto ke? bg sy lah produk ni agak mahal berbanding dgn isinye... kalo jual dlm rm6 or rm7 ok gak.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.