ASAM PEDAS IKAN MAYONG..

rsz_asam_pedas_ikan_duri
Asam pedas ikan mayong atau ikan duri hari ini. Anda suka makan ikan duri?. Yang ni mat beli seketul dan kemudian dikerat 3 bahagian. Mat guna ikan mayong putih, yang mana isinya lagi sedap, lembut dan  lemak, Ikan jenis ini anda perlu cuci dengan betul untuk mengelakkan bau. Tapi tak semua ikan berbau terlampau kuat. Mat cuma perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam untuk 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Anda juga boleh gaul dengan sedikit tepung gandum, perap sekejap dan cuci bersih, Ada pelbagai cara memasak asam pedas ikan mayong, ikut gaya masing. Kerap sangat si mat tu masak asam pedas, tak jemu ke?..dan jawapannya anda pun dah boleh agak, dah pasti tak jemu. Kalau anda tak gemar ikan mayong, boleh saja gantikan dengan ikan tenggiri, ikan merah atau apa2 sahaja ikan berdaging Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan daging ikan mayong @ ikan duri bersaiz besar
Sawi jeruk secukupnya
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
10 biji halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kemudian potong kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biar mendidih. Tambah sawi jeruk (tos dan perah) dan ikan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk daun kesom dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kalau kurang kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

7 Comments

  1. kredit aku habis... malas nak topup.. aku dah putus dengan dunia luar... ahhahahah.. aku sihat2 jer.. eh related tak dengan resepi ko komen ni??

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer.. Buat terasa lapar r pulak. :)

    ReplyDelete
  3. grrr..ini buat cair air liur ni..terutama kalau dapat kepala kan cmg..pergghhh paberet tu...

    ReplyDelete
  4. sedapnya, tapi kekadang susah jumpa ikan mayong ni

    ReplyDelete
  5. pergh!!! nice man...keluar trus air liur aku tngok~

    ReplyDelete
  6. teringat arwah tok... all time feveret bila sume sedara mara berkumpul ramai2

    ReplyDelete
  7. Hadoi. Ikan Mayong nee sebenarnya Ikan Duri ker? Abah saya suka sangat masak Asam Pedas Ikan Mayong nih.. Tapi biler saya pergi pasar nak beli ikan, sebut Ikan Mayong orang kat pasar tu tu tatau. Huhuhu Ingatkan Ikan Mayong nee sebutan orang Jawa jer sampai orang Kl tak tahu..kekekeke Tq CMG!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.