BEN ASHAARI

Tuesday, November 13, 2012

BENING BETIK YANG MENYIHATKAN...

rsz_bening_betik
Siang tadi mat masak bubur udang, tapi sebelum tu mat masak bening betik mengkal untuk bonda. Kebetulan ada betik mengkal di belakang rumah, dan memang menjadi kegemaran kami betik mengkal macam ini dimasak bening atau masak rebus. Tak perlu banyak bahan, tapi lada hitam amat penting sebagai memberi rasa hangat. Betik juga dalam kategori sayur/buah berunsur sejuk, jadi lada hitam dalam mengimbangkannya, itu petua orang2 dulu kala lah. Selain masak bening, boleh juga dibuat kerabu somtam, dimasak kari dan sebagainya. Kalau resipi orang peranakan juga ada satu masakan diberi nama "titik papaya", yang tu nanti2 mat buat dan share kat sini. Tu saja lah nak cerita. Jadi kalau teringin nak mencuba, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, buang biji dan belah pada beberapa bahagian. Kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis (toskan), kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan betik, daun kunyit dan lada hitam. Masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja..

5 comments:

faa.rosli said...

sedap2..mkn ngan nasi pnas,ikan goreng n sambal blacan..perghh

adda syuhada said...

sedapnya...hirup plk kuah dia time ujan2 cmni..best..

Ratu Hatiku said...

Dah lama betul x mkn betik bening nie..sejak khwn ngan org KL nie dah lbh 12thn x mkn uhuhu..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bening betik? wow...maera tak pernah makan dan tak pernah tau pun.huhu~

justablogofmine said...

first time tgk..Wordless Wednesday