BEN ASHAARI

Monday, October 1, 2012

SUP PEDAS KEPALA IKAN.

rsz_dsc_0596
Kepala ikan....hmm, jadi mat rasa yang ni tak sesuai untuk budak2, kalau bapak budak sesuai dah rasanya. Untuk kali ini mat guna kepala ikan unga, yang telah dikerat 4 bahagian. Saiz takde lah besar sangat, rasanya kalau keluarga 4 orang, sekali hadap je kot, tu pun kalau semua makan kepala ikan. Nak masak asam pedas, dah selalu sangat, takut ada yang ngeri nak masuk DTS nanti. Jadi as an alternative, perghhh henggeris lagi u, haha, mat masak sup. Guna sup bunjut Adabi saja. Cari2 gak sup bunjut yang sesuai, sekali tengok cuma ada sup bunjut untuk sup tulang...bolehhhh...takde masalah. Buat dia mudah saja. Tapi mat nak kasi pedas sikit, makanya mat kisarkan 10 biji cili padi bersama rencah2 yang lain. Lepas tu tambah pulak lada hitam sikit. Seriuss berpeluh makan, kalau ada selsema, terus rasa lega, kat telinga pun boleh rasa wap keluar, nak2 kalau makan masa sup panas. Kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan Unga (atau ikan merah)
5 kuntum cendawan tiram, potong 2 setiap satu
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 pelepah daun sup, kerat kasar
1 camca teh bawang goreng
1 sup bunjut Adabi
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub ikan bilis (optional)
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi merah kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan diperap dengan jus limau nipis atau limau kasturi selama 10-15 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, lengkuas dan bahan bertanda (*) dan juga bahan kisar halus, tumis hingga harum dan terbit minyak.
  2. Masukkan air secukupnya, kacau dan tambah sup bunjut, daun sup yang dikerat kasar dan 1 camca teh bawang goreng. Biar mendidih. Masukkan kepala ikan dan kiub ikan bilis, jika guna. Kacau perlahan.
  3. Masak hingga ikan masak, tambah garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan cendawan tiram, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..


7 comments:

adda syuhada said...

nampak sedap sgt ni CikMat...

wan G Silk said...

saya pun buat sup ikan jugak today, tapi my daddy bagi saya F..GAGAL...next time saya nak cuba resepi CMG lah..thanks for sharing your recipe ;-)

♛☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼♛ said...

oh my soup !! peberet makanan nih... ngencesss ayaq liuq....

Syaifuddin Alias said...

sodap nih kalau sekali pekena dengan nasik , memang menjadi

Syaifuddin Alias said...

sodap nih kalau sekali pekena dengan nasik , memang menjadi

zawani yusoff said...

Kreatif Betol cik mat ni....nmpk sedap sgt2 ...hihihihi

Zeta Zainal said...

sy dah msk resepi ni 2x...mmg sodap sgt...dan sekarang menjadi menu fav ecik suami...tq cik mat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.