BEN ASHAARI

Friday, October 12, 2012

SAMBAL KERING PARU DENGAN TERUNG

rsz_dsc_1565
Hari ni mat masak paru, ada orang suka makan, ada yang tak suka, maklumlah organ dalaman. Apa2 pun terpulang. Mat makan saja, terutama kalau digoreng berlado atau dibuat sambal kering. Selalunya paru harus direbus, kemudian buang airnya, biar sejuk, hiris nipis dan digoreng. Barulah anda boleh gayakannya, nak masak sambal atau sebagainya. Yang terung tu tak perlu letak pun takpe. Mat saja letak nak habiskan terung yang terkonteng2 sebiji dalam peti sejuk. Tapikan mat frust sikit lah, tak sedar cili merah habis, jadi kena guna cili kering kisar. Kalau cili merah, lagi bess dan nampak "asli". Hmm, takpelah benda pun dah siap masak. Kalau anda makan paru dan nak mencuba, mat tulis resipi mudah di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru
1 biji terung biru
1 camca teh pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
2 biji buah keras*
2 batang serai*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Paru direbus dengan sedikit halia, garam dan bawang putih yang dititik selama 30 minit. Tos dan sejukkan, kemudian hiris nipis lebar2. Goreng paru tadi hingga perang, angkat dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya. Kerat 2, kemudian belah setiap keratan. Potong 3 bahagian setiap keratan. Goreng hingga layu, angkat dan toskan..
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau perlahan.
  3. Masukkan paru tadi, gaul rata dan masak hingga kering. Tambah terung dan gaul lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat yang dimasak lembut sedikit..


7 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum Cik Mat.
Lama betul tak mkn paru goreng pedas mcm tu. Skali tetenghari ni tgk paru goreng cik Mat buat perut lapo la..Huhuhu

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Suke makan ni..fav nieza and hubby tapi nieza tak pernah rebus camtu..lagi satu biasa pakai cili kering.nak try la..thanks tuk resepi ni cik mat ^-^

Bicara Kak Noor said...

sedapnya nampak trung dgn paru tu boleh test nnt kena cari paru dulu lah ..

zila norazila said...

salam che mat,
dh lama x beli paru..klu masak berlado pun sedapkan..klu masak camnie x jadi lauk..ratah2 camtu jew...sedappp

hainom OKje said...

Faveret OKje ni Cik Mat.... organ dalaman ke luaran semua oKje bedal...he...he...

Cuma nak tanyalah Cik Mat kenapa mesti ada BUAH KERAS eh......OKje tak faham sangat kat situ....

Masakan apa yg perlu buah keras? sebab tak pernah pun guna buah keras ni....

adda syuhada said...

sedapnya...

hainom OKje said...

OKje ni komen syok sendiri nampaknya.... tak de jawapan dpd Mat!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.