BEN ASHAARI

Friday, October 12, 2012

REBUNG MASAK LEMAK PUTIH.

rsz_dsc_1601
Entri akhir malam ni masakkan atas permintaan juga. Takpelah, apa yang nak makan, mat masakkan selagi termampu...tapi benda ni bukan lah susah sangat nak masak, serius, lagi2 semua bahan2 mentah dah ada. Bak memang suka masak lemak putih macam ni, seperti biasa lawannya mestilah ikan tenggiri masin jeruk yang digoreng serta sambal belacan. Ia macam satu kemestian, kalau masak lemak wajib ada dua benda tadi. Sebenarnya mat lemas asyik masak lemak saja. Kalau makan pun ku kaut isi dia, kuah takmo dan untuk mat sendiri tadi mat singgangkan ikan kembong...senang dan sedap. Ishh walaupun masak siang tadi, tiba2 macam meleleh pulak air liur aku memalam ni....waaa kes bahaya ni...errr....ok lah sebelum merana..baik kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg rebung yang telah dihiris, cuci dan celur hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan rebung yang telah dicelur tadi ke dalam periuk bersama2 serai titik, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Gaul rata, tuang santan cair dan jerang atas dapur hingga mendidih. Kacau sekali sekala dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air.
  2. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..


5 comments:

Kjee said...

Che Mat, Kjee tak tahu rebung bleh buat masak lemak putih. nak try lah. teringin nak makan masak lemak daun meranti. kat kl susah nak cari daun tu.

JunAina said...

Orang perlis suka masak lemak putih rebung buluh madu...buluh yang kecik2 tu. Kena pulak dengan ikan pekasan atau ikan tenggiri kering...Perggghhh...memang mengancam CM.

SuteraTerengganu Silk said...

rebung actually sedap, it's just dat i don't like the smell..camane nak hilangkan baunya ya? masak dgn byk rempah ke?

ساريده سنين said...

salam...
mmg best giler... actually rebung yg fresh dari pokok tk berbau... sy kalau nk masak kena cari kt pokok buluh madu di dpn rumah...

Syaifuddin Alias said...

saya ingatkan umbut kelapa tadi , tapi rebung :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.