NASI GORENG KAMPUNG JEE PAGI NI..

rsz_nasi_goreng_kampung
Selamat pagi...err..jam 10.30 am, tu pagi kan?.. Bukan apa bila time macam ni mat ucapkan selamat pagi, ada yang kata.. Che Mat! dah nak dekat tengah hari....erkk..heran juga kan, negeri aku Johor masih dalam suasana pagi lagi. Apa2 pun lantak lah situ, janji masing2 bahagia dan aman damai sudah lah. Ok, pagi ni mat goreng nasi, nasi goreng kampung jeee. Benda2 mudah dan cepat. Bonda berpuasa hari ni, jadi menu lain untuk bonda akan menyusul nanti. Jadi yang tak puasa, makan nasi goreng sudah lah. Kalau lapar lagi, makan biskut kering. Sebenarnya masak2 ni mudah sangat, janji menepati citarasa kita dan orang2 yang makan, itu dah ok. Kalau masak bukan main mengancam, nampak meletop sangat, tapi setakat orang puji je, tapi mereka macam "segan" nak makan. Masalah juga kan...Ok, jemput makan semua..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
5-6 tangkai kangkung, dikerat, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan atau kicap cair
10 ekor udang bersaiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam, tos dan tumbuk kasar
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Sedikit hirisan halus telur dadar (optional)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
8 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar dan masak sekejap. Tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Tambah nasi dan gaul rata2.
  2. Tolak nasi ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur mengeras sedikit, kacau hancur dan gaul dengan nasi tadi. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan kangkung dan kacau. Masak hingga kangkung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan telur dadar sebelum dihidangkan..

Post a Comment

8 Comments

  1. hmmmm apa boleh buat, boleh tengok dan kenyang..huhu, Nampak sungguh sedap Abang Mat...haishhh...mana boleh tahan gini.

    ReplyDelete
  2. nasi goreng kampung kalau letak mcm2 sedap jgak

    ReplyDelete
  3. Emmm..sedapnya MG,ada lak sambal belacan...lajuuuu jer menyuap (^_^)

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng kampung jeer tu yang sedap tuh!

    ReplyDelete
  5. Wahh ni bukan sembarangan nya nasi goreng lenkap sume ada.. udang yang berlingkau tu.. adusss terliur tu CMG

    ReplyDelete
  6. Udang tu saja jekan nak bagi org meleleh ayaq lioq...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.