MASAK LEMAK CILI PADI AYAM....."ADY BUDIKA"..

rsz_dsc_0885
Salam semua. Semalam mat cuma masukkan satu entri saja. Bukan tak masak, cuma semalam mat menerima kunjungan sorang teman yang mat sendiri rasa begitu selesa. Kalau banda pengunjung tetap DTS, mesti anda kenal 'Ady Budika'. Syukur alhamdulillah, atas kesudian beliau meluangkan masa ke Johor dan datang ke tanah Sedenak. Dan seperti biasa, ady dan masak lemak cili padi ayam tidak boleh dipisahkan. Dia juga boleh dikatakan agak mahir di dapur, cuma hambatan waktu kerja yang tidak mengizinkan beliau memasak seperti dulu. Err..kenapa pulak si mat tu rancak bercerita pasal Ady Budika. Bukan apa, ady ni agak "misteri" orang nya dulu...tapi bila dah lama kenal, baru tau dia ni macam mana (walaupun ada masa, aku rasa macam nak ikat dia kat pokok, lepas tu kasi kerengga gigit!!..haha, gurau2 jer lahh). Bercerita pasal ayam masak lemak cili padi, masing2 ada cara mereka. Kalau di Negeri Sembilan dikabarkan mereka tak guna bawang, hanya cili padi, kunyit dan serai dalam jumlah yang banyak. Untuk resipi mat ni, ia agak berbeza sikit, tapi masih boleh dipanggil lemak cili padi, sebab ada guna cili padi dalam dia..kira logik lah kan. 

Dalam masa yang sama, mat ucapkan terima kasih juga pada Sunah, Noona Al-atas dan Nabihah Sailormoon. Kerana sudi datang. Jika terkasar bahasa dan gurau, CM minta maaf, Ok, tu saja buat masa ni, sekarang kita lihat resipi pulak.....Jommmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka buang kulit, cuci bersih dan toskan
4 - 5 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
4 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit, belah dua dan rendam (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 biji buah keras
3 biji cili merah
20 biji cili padi siam hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air lagi. Biar mendidih.
  2. Masukkan kentang dan asam gelugor. Masak hingga kentang hampir empuk. Tuang pati santan,  masukkan daun kunyit dan bunga kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan. 
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu, bila kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Post a Comment

9 Comments

  1. Salam,
    kita pun masak lemak cili api ayam semalam...

    ReplyDelete
  2. sedapnya........ masak lemak cili api mmg sedap.. :)

    ReplyDelete
  3. Tiba-tiba rindu Masak Lemak Cili Padi air tangan Mak. Kalau sendiri masak, tak ngancam sangat. Ehehe!

    ReplyDelete
  4. sy kalau masak lemak cili api tak boleh pedas sgt, nnt perut tak bleh terima. :( selalu letak sikit je cili api, tapi tu lah kurang 'ummph'

    ReplyDelete
  5. terima kasih pcm atas layanan mesra....hehehe.....

    ReplyDelete
  6. masak lemak sentiasa dihatiku...he3

    ReplyDelete
  7. masak lemak cili api kalau kena caranya mesti sedap...mcm resepi nie,,,....

    ReplyDelete
  8. saya ambik yea resepi ni (^_^)

    ReplyDelete
  9. saya tau makan jer.x tau masak....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.